5 Cara Mudah Menjaga Penglihatan Anda Semasa Memandu

Penglihatan yang jelas dan baik sangat penting untuk setiap pemandu terutamanya ketika memandu pada waktu malam atau cuaca gelap. Komponen kenderaan memainkan peranan penting dalam memberikan penglihatan yang jelas kepada para pemandu. Disenaraikan antara cara mudah menjaga komponen kenderaan seperti berikut:

1. Bersihkan Lampu Hadapan

Lampu hadapan kenderaan memainkan peranan utama dalam memberikan penglihatan yang lebih jelas ketika memandu pada waktu malam atau gelap. Lampu hadapan yang malap boleh menjejaskan penglihatan pemandu. Oleh itu, pastikan anda menukar mentol baharu atau gantikan lampu supaya mempunyai penglihatan yang baik ketika memandu.

2. Cermin Pandang Belakang Panorama

Masih menggunakan cermin pandang belakang biasa? Bagi mempunyai pemandangan yang luas, anda kini boleh menggunakan cermin pandang belakang panorama. Hal ini kerana ianya memberikan pemandangan lebih luas yang boleh meminimumkan titik buta dan secara tidak langsung ianya juga dapat mengelakkan kemalangan.

3. Cermin Hadapan dan Belakang yang Bersih

Menjaga kebersihan cermin hadapan dan belakang sangat penting untuk pemanduan selamat. Cermin hadapan dan belakang yang kotor dengan pengumpulan habuk, pasir halus dan debu bukan sahaja boleh menjejaskan permukaan cermin, malah ianya menghadkan penglihatan pemandu.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa membersihkan cermin dengan bahan pencuci yang sesuai supaya dapat mengurangkan tahap kesilauan dan memastikan anda dapat melihat jalan raya dengan lebih jelas ketika memandu.

4. Laraskan Cermin Sisi

Cermin sisi kenderaan adalah komponen utama yang membantu pemandu melihat objek yang berada di bahagian belakang dan sisi kenderaan dengan menghasilkan imej pada permukaan cermin. Ramai antara kita yang masih gagal melaraskan cermin sisi dengan betul untuk mendapatkan penglihatan jelas dan mengurangkan titik buta.

Selaraskan cermin sisi kanan iaitu bahagian pemandu sehingga anda nampak pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada cermin sisi bahagian kiri pula, anda perlu melaraskannya hingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan. Cara ini dapat meluaskan skop penglihatan pemandu pada sudut tersebut.

5. Ruang Papan Pemuka yang Kemas

Segelintir pemilik kenderaan gemar menghias kereta dengan meletakkan banyak aksesori pada papan pemuka sebagai elemen kecantikkan. Perbuatan ini sebenarnya sangat berbahaya dan boleh menghalang pandangan dan mengalihkan perhatian pemandu. Pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak barang hiasan pada papan pemuka demi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!