5 Lokasi Popular Persis Luar Negara di Malaysia

Anda boleh menikmati percutian ala luar negara di Malaysia dengan mengunjungi lokasi-lokasi popular yang dibina persis tempat popular di luar negara. Disenaraikan antara tempat yang wajib anda kunjungi seperti berikut:

37603851652_54ba7e1978_c
Sumber : flickr @nurfarahhana Ismail

1. Pantai Senok

Nikmati pemandangan matahari terbenam dikelilingi ribuan pohon rhu yang ditanam secara berbaris seperti di Pulau Nami, Korea di Pantai Senok, Kota Bharu. Permukaan tanah kawasan yang teduh dan dipenuhi daun pohon rhu, membentuk pemandangan umpama hamparan permaidani di sini.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti santai seperti BBQ, berkhemah, main bola dan lain-lain aktiviti bersama keluarga atau rakan. Tempat ini juga menjadi kegemaran ramai untuk mengambil gambar perkahwinan, ‘OOTD’ dan sebagainya yang berlatar belakangkan pohon rhu.

244487026_3230421843950841_8353399112318225362_n
Sumber : Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon Pov

2. Taman Flora

Tanah Tinggi Cameron adalah antara lokasi tarikan pelancong disebabkan cuaca sejuknya. Destinasi percutian ini kini menjadi tempat ‘hotspot’ kerana pembukaan Taman Flora atau lebih dikenali ‘Flora Park’ persis di Korea.

245045636_3230421167284242_7919223452191169098_n
Sumber : Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon Pov

Taman Flora Tanah Tinggi Cameron yang terletak berdekatan dengan Kea Farms disajikan dengan keindahan pemandangan bunga yang mekar. Setiap sudut di taman bunga ini sangat memukau dan sesuai untuk anda yang mencari ketenangan serta mengambil gambar. Jangan lupa singgah ke taman bunga ini jika anda mengunjungi Tanah Tinggi Cameron.

86190870_3309080885785796_3694866283490181120_n
Sumber : Facebook Desa Cattle Dairy Farm

3. Kundasang

Ingin mengunjungi New Zealand untuk melihat keindahan ladang lembu? Jangan risau, anda boleh mendapatkan pengalaman sama di Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah.

82844992_3309080992452452_7782557637446467584_n
Sumber : Facebook Desa Cattle Dairy Farm

Selain menjadi kawasan sumber utama penghasilan susu lembu di Sabah, Desa Cattle Dairy Farm juga menjadi tempat tumpuan pelancong kerana cuacanya yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah ladang lembu luas berlatar belakang Gunung Kinabalu. Anda juga boleh mendapatkan produk berasaskan tenusu serta mengambil gambar cantik di sini.

klook
Sumber : Klook

4. Bukit Kokol

Bukit Kokol terutamanya Le’ One – Kokol Elf yang terletak di Sabah mendapat sambutan pelancong sejak kebelakangan ini kerana lokasinya yang menarik, yang dibina untuk latar fotografi seperti di Bali. Anda boleh menikmati suasana sejuk dengan pemandangan panorama Kota Kinabalu yang mengagumkan.

sangkar-elf-kokol-hill
Sumber : jomjalan

Menariknya di sini adalah, anda boleh mengambil gambar yang cantik menerusi Mega Swing di mana anda akan duduk di kerusi buaian di atas bukit sama seperti yang terdapat di Bali. Tempat ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam yang mendamaikan.

Arjana Resort
Sumber : Facebook Arjana Resort

5. The Amanjena Resort Melaka

The Amanjena Resort yang terletak di Melaka adalah sebuah tempat penginapan popular yang dibina berinspirasikan Santorini, Greece. Mengekalkan tema bangunan putih dan biru, Santorini Melaka dilengkapi dengan kolam renang dan pemandangan indah Pantai Pengkalan Balak yang menawarkan beberapa jenis bilik penginapan cantik bagi pengunjungnya.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti BBQ dengan kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak resort. Kanak-kanak juga boleh menikmati masa di sini dengan ruangan khas untuk mereka bermain pasir yang pasti menyeronokkannya.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!