Punca Kenderaan Tersentak Semasa Memandu

Kerosakan kenderaan ketika memandu boleh mengundang dugaan bagi pemandu. Ia menjadi lebih teruk jika kenderaan mula tersentak semasa memandu kerana ramai tidak mengetahui puncanya dan mula rasa cemas. Oleh itu, dikongsikan beberapa punca kenderaan tersentak ketika memandu seperti berikut supaya anda lebih berwaspada kelak:

1. Kerosakan Palam Pencucuh

Palam pencucuh berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam enjin kenderaan. Percikan ini menyalakan campuran bahan api dan udara termampat yang kemudiannya menggerakkan omboh dalam silinder enjin kenderaan.

Jika palam pencucuh mengalami kerosakan ia tidak dapat mencetuskan percikan api dan berlakunya kegagalan penyalaan. Hal ini akan menyebabkan kenderaan anda tersentak apabila memecut serta bergegar secara berlebihan apabila kenderaan dipandu lebih laju. Bagi mengelakkan keadaan ini, anda boleh menggantikan palam pencucuh baharu di pusat servis berdekatan.

2. Penapis Udara Kotor

Penapis udara berfungsi menghalang kotoran memasuki ruang enjin. Oleh itu, penapis udara yang tidak bersih boleh menyekat aliran udara ke enjin sekali gus mengurangkan jumlah udara yang melalui bahagian enjin. Ini menyebabkan nisbah oksigen kepada bahan api yang tidak sekata dalam enjin yang membawa kepada masalah ‘misfire’.

Akibatnya, kereta anda akan tersentak terutamanya apabila memecut. Oleh itu, anda boleh melakukan penggantian penapis udara baharu dengan segera supaya anda boleh mendapatkan pemanduan yang baik.

3. Penapis Minyak Enjin Kotor

Penapis minyak enjin berfungsi untuk membantu mengekalkan aliran minyak enjin yang berterusan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak sambil menapis segala kotoran, bendasing, minyak teroksidasi dan zarah logam.

Jika ia telah dipenuhi dengan habuk dan kekotoran, ianya akan menghalang aliran bahan api yang mencukupi daripada masuk ke enjin dan menjadi punca kereta anda tersentak. Walau bagaimanapun, penapis minyak enjin yang kotor boleh menyebabkan masalah lain termasuk prestasi enjin yang berkurangan terutamanya ketika memecut, berhenti semasa memandu dan sukar meghidupkan enjin. Gantikan penapis minyak enjin yang baharu supaya pemanduan anda lebih optimum.

4. Penyuntik Bahan Api Tersumbat

Penyuntik bahan api menghantar aliran bahan api yang stabil ke dalam silinder enjin kereta anda. Apabila penyuntik bahan api menjadi kotor, ia tidak dapat mengalirkan jumlah bahan api yang secukupnya ke enjin.

Hal ini menyebabkan bahan api tidak dapat dibakar dengan betul dan menyebabkan enjin gagal dihidupkan serta kenderaan tersentak semasa memandu. Gantikan penyuntik bahan api baharu jika ia adalah punca masalah ini berlaku.

5. Masalah Transmisi

Kekurangan bendalir transmisi akan menyebabkan kenderaan anda bergegar semasa tidak bergerak. Ia juga boleh menyebabkan kenderaan anda tersentak dengan kuat semasa kenderaan bergerak daripada berhenti terutamanya sejurus anda menghidupkan enjin.

Lakukan penyenggaraan berkala dan mengisi bendalir transmisi yang mencukupi agar komponen-komponen dalaman berfungsi dengan baik. Ia juga penting untuk pemanduan yang lancar dan selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!