4 Tanda ‘Constant Velocity Axle’ Rosak

Constant Velocity (CV) axle berfungsi untuk memindahkan kuasa enjin ke roda dan membolehkan suspensi dan stereng bergerak dengan lancar. Terdapat tiga komponen utama dalam CV axle iaitu inner CV joint, outer CV joint dan CV boot yang membantu pergerakan suspensi dan stereng. Pengguna kenderaan perlu mengetahui antara tanda komponen utama ini mengalami masalah seperti berikut:

1. Bunyi Bising

Jika anda mendengar bungi bising ketika membelok adalah tanda CV axle mengalami kerosakan. Ini berlaku apabila getah pada sambungan CV telah haus akibat sentiasa berputar sambil mengekalkan penghantaran kuasa ke roda yang menyebabkan CV koyak dan rosak.

Selain itu, apabila anda mempunyai sambungan CV yang rosak, bahagian logam boleh bergesel antara satu sama lain dan menghasilkan bunyi bising terutamanya ketika membelok. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk melakukan pembaikan.

2. Gegaran

Kerosakan CV joint boleh menyebabkan kerosakan CV axle, yang kemudian menyebabkan ia kehilangan keupayaan penyerapan kejutan dan mengganggu putaran roda yang lancar. Kerosakan ini boleh dikenal pasti dengan bunyi gegaran sistem stereng dan casis kenderaan.

3. Kesan Gris Pada Tayar atau Lower Arm

Jika anda melihat kesan gris pada tayar atau permukaan lower arm adalah tanda  CV boot telah koyak. Hal ini berlaku akibat haba, penuaan atau kerosakan berpunca daripada serpihan di jalan raya dan menyebabkan gris dalam CV boot bocor. Kebocoran gris ini boleh berkumpul pada bahagian bawah kenderaan dan mengakibatkan kesan gris pada tayar atau lower arm. Anda perlu segera menukar CV boot agar tidak merosakan CV joint dengan lebih teruk.

4. Kehilangan Kuasa

Gandar yang rosak boleh menghalang pemindahan kuasa dari penghantaran ke roda. Hal ini menyebabkan kehilangan kuasa kerana beberapa tork enjin hilang pada gandar CV yang rosak dan tidak sampai ke roda. Tahap kehilangan kuasa bergantung pada tahap kerosakan gandar.

Jika gejala ini tidak dikesan dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan pengguna perlu menampung kos tinggi untuk pembaikan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!