Gaya Pemanduan yang Mengurangkan Jangka Hayat Kenderaan

Tabiat pemanduan yang kurang cekap boleh menyebabkan komponen kenderaan mudah mengalami kerosakan. Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, anda perlu memberi perhatian terhadap cara pemanduan jika ingin mengekalkan prestasi kenderaan anda pada tahap optimum. Kenali antara gaya pemanduan yang merosakkan kenderaan anda adalah seperti berikut:

1. Menekan Brek di Lampu Isyarat

Pastikan anda tidak menekan brek ketika gear berada di kedudukan ‘D’ semasa berhenti di lampu isyarat atau tersesat lama di kesesakan jalan raya. Pastikan anda letak gear di kedudukan ‘N’ dan menarik brek tangan bagi mengelakkan kerosakan pada kotak gear.

2. Langgar Bonggol

Bonggol jalan digunakan bagi memperlahankan kelajuan para pemandu kenderaan di jalan raya khususnya di kawasan persekolahan dan perumahan. Namun, segelintir pemandu sering melanggarnya dengan kuat tanpa memperlahankan kenderaan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem suspensi kenderaan.

Selain itu, perbuatan ini juga boleh merosakkan ‘mounting’ dan juga casis kereta. Pastikan anda sebagai pemandu yang berhemah memandu kereta secara perlahan ketika melalui bonggol untuk mengelakkan kerosakan kenderaan yang memakan kos pembaikan yang tinggi.

3. Elakkan Letak di Gear ‘P’

Jangan gunakan gear ‘P’ ketika berhenti di lampu isyarat atau tepi jalan kerana boleh menyebabkan kenderaan anda lambat bergerak. Sebab itu gear ‘N’ dan ‘D’ berada berdekatan dan tidak perlu menekan butang ‘lock’ atau tombol antara gear untuk bergerak.

4. Abaikan Tanda Amaran

Sesetengah lampu amaran pada papan pemuka kenderaan perlu diberi perhatian segera kerana ia boleh merosakkan komponen dalaman kenderaan. Lampu amaran enjin, bateri, brek dan lain-lain adalah antara tanda awal komponen tersebut mengalami masalah dan perlu diperiksa.

Anda boleh menyemak manual kenderaan untuk mengetahui maksud lampu amaran pada papan pemuka dan membiasakan diri anda dengan punca lampu tersebut menyala agar dapat melakukan penyenggaraan segera.

5. Mengabaikan Pengisian Semula Bahan Api

Jika anda adalah orang yang suka mengisi semula bahan api selepas lampu amaran bahan api menyala atau gemar mengisi sedikit sahaja boleh merosakkan sistem bahan api kenderaan anda.

Kotoran dan karat boleh berkumpul di dalam tangki bahan api dimana ia boleh memasuki sistem bahan api serta menyekat penapis bahan api jika paras petrol kenderaan terlalu rendah. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengisi bahan api secukupnya demi mengelakkan kerosakan lanjut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!