7 Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

Keadaan jerebu yang berterusan sejak beberapa hari ini mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai terutamanya yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori . Pada situasi yang tidak terduga ini, kita perlu menjaga kesihatan seperti berikut:

1. Elakkan Aktiviti Fizikal

Elakkan melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan semasa pencemaran udara. Aktiviti fizikal di luar akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu. Anda digalakkan melakukan aktiviti fizikal ringan di dalam rumah seperti senaman yoga, lompat tali, zumba dan lain-lain yang bersesuaian.

2. Kurangkan Pencemaran Dalaman

Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti merokok, melakukan pembakaran terbuka, memasak menggunakan pembakaran kayu atau arang dan lain-lain. Pastikan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman supaya mempunyai aliran pengudaraan yang baik.

3. Tutup Tingkap

Pastikan anda menutup tingkap bagi mengurangkan jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan. Ini akan meminimumkan zarah asap yang terkumpul di tempat anda dan lebih baik untuk menghirup udara yang bersih di dalam rumah atau bangunan daripada menyedut zarah jerebu.

4. Banyakkan Minum Air

Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan anda berhidrasi. Toksin yang terdapat dalam jerebu akan diserap oleh paru-paru anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk minum air supaya buah pinggang dapat mengeluarkan toksin yang terkumpul dengan baik.

5. Gunakan Penutup Hidung dan Mulut

Hadkan masa di luar bangunan dan gunakan penutup hidung dan mulut jika anda merancang untuk keluar daripada rumah atau tempat tertutup. Penggunaan penutup hidung dan mulut penting bagi melindungi saluran pernafasan anda daripada jangkitan kuman yang berpunca dari jerebu.

6. Menambah Baik Pengudaraan

Menambah baik sistem pengudaraan dengan memasang alat pendingin hawa dan penapis udara di rumah. Zarah jerebu boleh masuk ke dalam rumah anda walaupun pintu dan tingkap ditutup. Penggunaan penapis udara akan membersihkan udara di dalam rumah dan membantu anda bernafas dengan udara yang lebih baik.

7. Dapatkan Rawatan Segera

Bagi sesiapa yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!