Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan fungsi sistem brek dan menjadi punca berlakunya kemalangan. Kenali antara punca utama pelapik brek mengalami haus tidak sekata seperti berikut:

1. Kerosakan Angkup Brek

Salah satu punca pelapik brek haus tidak sekata adalah disebabkan kerosakan angkup brek (brek caliper) dan omboh (piston). Angkup brek mempunyai omboh yang memberikan tekanan pada pelapik brek untuk memberhentikan kenderaan. Kadangkala, pelapik getah yang menarik omboh angkup akan hilang keupayaannya untuk menarik balik.

Hal ini menyebabkan pelapik brek sentiasa bersentuhan dengan rotor brek dan menjadi punca pelapik brek haus tidak sekata dengan cepat. Anda boleh lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk melakukan penggantian.

2. ‘Slide Pin’ Berkarat

Slide Pin’ membolehkan angkup brek melakukan pergerakan ke depan dan ke belakang supaya pelapik brek boleh bersentuhan dengan rotor brek. Apabila ‘slide pin’ berkarat, ia akan menjejaskan pergerakan angkup brek. Hal ini  akan menyebabkan angkup brek tersekat pada satu kedudukan hingga menjadikan pelapik brek cepat haus.

3. Masalah Penjajaran Pelapik Brek

Penjajaran pelapik brek yang betul akan memastikan ia berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, jika pelapik brek tidak dipasang dengan betul, ianya akan menyebabkan pelapik brek mudah haus. Anda boleh mengenal pasti masalah penjajaran pelapik brek dalam beberapa minggu selepas pemasangan pelapik brek baharu. Segera lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis bagi membaikinya sebelum berlaku kerosakan komponen yang lain.

4. Rotor Brek Karat

Kadangkala rotor brek baharu boleh mengalami masalah kehausan pelapik brek apabila ia terkena kotoran atau gris yang terkumpul semasa penyimpanan. Anda boleh menggunakan pembersih brek untuk menghilangkan kotoran yang terkumpul pada rotor brek agar ia befungsi dengan baik.

5. Variasi Ketebalan Cakera

Variasi Ketebalan Cakera yang juga dikenali sebagai ‘Disc Thickness Variation’ (DTV) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk keadaan brek apabila pemutar brek kenderaan mempunyai tahap ketebalan yang berbeza. Pelapik brek yang bersentuhan secara kerap dengan ‘flat spot’ pada rotor akan menyebabkan pelapik brek haus dan lebih tidak sekata daripada pelapik brek lain dalam kenderaan anda. Keadaan ini juga boleh berpunca daripada angkup brek yang melekat, karat, hakisan dan kerap brek mengejut. Anda boleh dapatkan bantuan pakar untuk membaiki keadaan ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!