Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan tahap kemerosotan bateri disebabkan pengabaian mereka dalam menjaga komponen penting ini. Kenali antara punca yang merosotkan jangka hayat bateri kenderaan seperti berikut:

1. Jarak Perjalanan Kereta

Melakukan perjalanan jarak dekat boleh mengurangkan jangka hayat bateri. Hal ini kerana alternator tidak mendapat masa yang cukup untuk mengecas semula bateri. Bagi mengelakkan situasi ini, kurangkan memandunu kenderaan bagi jarak dekat supaya dapat menjaga kondisi bateri dengan baik.

2. Kondisi Alternator Kereta

Salah satu faktor yang boleh menjejaskan usia bateri ialah kondisi alternator kenderaan. Alternator yang mengalami kerosakan akan gagal mengeluarkan voltan yang mencukupi iaitu 13.5 volt hingga 14.5 volt untuk pengecasan yang optimum.

Hal ini menjadi punca lebih banyak masa yang diperlukan untuk mengecas bateri kereta. Oleh itu, gantikan alternator baharu jika terdapat sebarang kerosakan agar bateri dapat berfungsi dengan baik.

3. Penggunaan Elektronik Tambahan

Penggunaan elektronik tambahan seperti mengecas telefon, sistem GPS, kamera pemuka, amplifier besar dan lain-lain aksesori akan menggunakan kuasa bateri kenderaan. Penggunaan secara kerap akan menghabiskan bateri dengan lebih cepat. Anda perlu pastikan pengecasan penuh terhadap bateri kereta bagi mengekalkan usia bateri kereta tahan lebih lama.

4. Kondisi Bateri Kereta

Bateri kereta perlu berada dalam keadaan bersih supaya proces pengecasan bateri berlaku dengan lancar. Kewujudan tompokan asid kering pada terminal bateri yang dibiarkan lama boleh menyebabkan kerosakan bateri kerana asid kering tersebut menghalang proses pengecasan semula bateri.

Pastikan anda membersihkan terminal bateri sekiranya terdapat pengumpulan tompokan asid kering bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

5. Cuaca Panas

Cuaca panas akan mempercepatkan hakisan di dalam bateri serta menyebabkan air tersejat daripada cecair elektrolit bateri. Ia juga akan menyebabkan kotak bateri mengembang daripada saiz asalnya dan mengurangkan jangka hayat bateri. Pastikan anda letakkan kereta di tempat redup untuk menjaga bateri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!