Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebanyak enam pasukan dari jabatan SPANCO dan empat pasukan jemputan dari jabatan kerajaan telah menyertai kejohanan tersebut.

s2

Objektif utama penganjuran futsal ini adalah untuk menerapkan semangat kesukanan yang positif dalam kalangan peserta serta dapat memupuk amalan gaya hidup sihat. Program sebegini juga dapat membentuk komunikasi yang baik dan hubungan kerjasama yang lebih erat di antara warga SPANCO dan wakil jabatan kerajaan yang terlibat.

s4

Pada kejohanan kali ini, Johan telah berjaya dirangkul oleh pasukan dari Kementerian Kewangan. Manakala, Naib Johan disandang oleh pasukan dari Jabatan Perdana Menteri dan Tempat Ketiga disandang oleh pasukan dari Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.

s3

Diharapkan agar kejohanan sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang, sekaligus dapat mengekalkan budaya ‘work-life balance’ dalam kalangan warga SPANCO di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua pihak.

s5

Turut hadir, pihak pengurusan SPANCO ke program kali ini ialah En. Richard Velayuthan, Pengurus Kanan Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi merangkap Presiden Kelab Sukan SPANCO, En. Shahrizal Md Zainal, Ketua Bahagian Selepas Jualan dan En. Ronnie Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan.

s7

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!