Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan bawah) dan sendi buku stereng. Sambungan ini membolehkan hab roda bergerak dari semua arah. Pengabaian penyenggaraan komponen ini boleh merosakkan sistem suspensi kenderaan anda. Kenali antara tanda kerosakan sambungan bebola seperti berikut:

1. Bunyi Berdentum

Antara tanda pertama yang anda boleh kenal pasti bahawa sambungan bebola mengalami kerosakan adalah bunyi berdentum dari bahagian hadapan suspensi. Bunyi ini lebih kuat didengari apabila memandu di atas bonggol atau membelok.

Bunyi ini terhasil daripada sambungan bebola yang semakin nipis atau apabila gris mengering dan menyebabkan stud bebola bergeser dengan dinding soket. Kadangkala, bunyi ini juga boleh didengari apabila terdapat kekotoran di dalam soket. Bagi mengelakkan kerosakan dalaman yang lain, lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah.

2. Getaran Kabin

Sambungan bebola yang rosak akan menyebabkan getaran pada bahagian kabin kenderaan semasa memandu.  Getaran ini hanya berlaku pada bahagian hadapan kenderaan iaitu stereng, pedal brek dan tempat duduk hadapan.

Sambungan bebola yang haus dan nipis akan menghasilkan getaran yang berlebihan semasa kenderaan bergerak. Hal ini boleh menjadi lebih teruk semasa memandu di jalan raya yang licin dan lurus. Anda perlu segera melakukan penggantian komponen ini untuk pemanduan selamat.

3. Sistem Stereng Tidak Responsif

Stereng responsif, tayar kenderaan bertindak balas dengan betul pada setiap pusingan stereng semasa memandu adalah tanda sambungan bebola berada dalam keadaan baik. Namun, sambungan bebola yang rosak akan menyukarkan pemanduan anda kerana stereng ketat atau licin disebabkan sambungan bola yang longgar.

Hal ini akan menyebabkan pengawalan stereng semasa membelok menjadi sukar dan menganggu pemanduan anda. Oleh itu, sentiasa awasi tanda-tanda kerosakan kecil dan melakukan pembaikan segera supaya anda dapat memandu dengan selesa.

4. Bahagian Suspensi Rosak

Tanda calar atau karat pada komponen suspensi seperti rod pengikat, sesendal lengan kawalan, sambungan CV dan lain-lain adalah tanda komponen berikut bersentuhan dengan permukaan jalan yang kasar semasa anda memandu, terutamanya ketika berada di atas bonggol jalan. Pemanduan yang menyebabkan komponen suspensi rosak juga boleh menyebabkan kehausan sambungan bebola. Dapatkan bantuan pakar untuk mengenal pasti punca kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!