4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar dan mesra alam. Kenali antara tanda kerosakan komponen penting ini seperti berikut:

1. Prestasi Enjin Merosot

Prestasi enjin akan merosot sekiranya kenderaan anda dihidupkan dengan ‘purge valve’ yang rosak. Hal ini kerana enjin kenderaan akan gagal menjana kuasa yang mencukupi semasa memecut dan ia merupakan tanda anda perlu gantikan ‘purge valve’ bagi pemanduan yang selesa.

2. Lampu Amaran Enjin Menyala

Lampu amaran enjin akan menyala apabila terdapat masalah pada bahagian enjin yang memerlukan pemerhatian anda. Ia juga merupakan salah satu tanda ‘purge valve’ mengalami kerosakan. Apabila ECU mengesan kekurangan atau lebihan wap bahan api yang dikeluarkan oleh injap, ianya akan mengaktifkan lampu amaran enjin dan akan mendatangkan masalah DTC berkaitan.

Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan bantuan pakar di pusat servis bertauliah untuk mengenal pasti masalah sebenar dan melakukan pembaikan sekiranya ‘purge valve’ mengalami kerosakan.

3. Sukar Menghidupkan Enjin

Purge valve’ yang rosak akan menyebabkan kesukaran menghidupkan enjin. Hal ini disebabkan oleh kebocoran vakum yang dihasilkan oleh injap solenoid pembersihan terbuka yang tersekat. Kebocoran ini menyebabkan terdapat lebihan udara di dalam kebuk pembakaran dari nisbah yang diperlukan dan menjejaskan proses pembakaran.

4. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Memandangkan injap pembersihan yang tidak berfungsi boleh menjejaskan nisbah udara dan bahan api untuk pembakaran, ia juga akan menjejaskan penggunaan gas kenderaan anda. Jika injap tersekat dan tertutup, wap yang diarahkan oleh injap pembersihan ke ruang pembakaran, akhirnya akan dikeluarkan melalui ‘purge valve’. Keadaan ini akan menyebabkan pembaziran bahan api dan meningkatkan penggunaan bahan api.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!