Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi menikmati kuih tradisional ini. Berikutan sambutan ini, mesti ramai mencari kuih bulan halal untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan. Bagi memudahkan misi pencarian anda, disenaraikan beberapa lokasi kuih bulan halal seperti berikut:

1. Baker’s Cottage
Baker’s Cottage adalah kedai bakeri terkenal bagi keenakan kek dan pastri yang halal. Mereka juga menyediakan kuih bulan sempena sambutan perayaan pertengahan musim luruh dengan pelbagai variasi kuih bulan berkualiti tinggi.

Antara kuih bulan yang mendapat sambutan hangat pelanggan adalah Pandan Lotus, Tiramisu, Supreme Mixed Nut, Pearl of Harmony dan lain-lain. Terdapat juga siri snow skin yang menampilkan perisa Mangga Pic, Truffle Coklat Gelap dan Keladi khas yang mesti dicuba.

2. Purple Cane
Puple Cane yang terkenal bagi penyediaan kuih bulan enak mempunyai banyak cawangan di Lembah Klang termasuk Aeon Kepong, Shaw Parade, One Utama dan lain-lain. Uniknya di Purple Cane adalah mereka menyediakan kuih bulan vegetarian dengan perisa Green Tea, Jasmine Tea Lotus Paste, Grape Puerdurian Green Tea, Guan Cang Puer dan White Tea Purple Lotus Paste.

Antara kuih bulan yang laris di sini adalah perisa White Lotus Paste Green Tea, Nanyang Kaya Butterfly Pea Flower Tea, Tea Egg, Coconut Sakura Flower Tea dan sebagainya lagi.

3. Mooncake Halal Syikin
Jika anda ingin mencuba kuih bulan buatan sendiri, anda boleh beli dari laman media sosial Mooncake halal Syikin yang menawarkan pelbagai perisa kuih bulan halal. Beroperasi sejak tahun 2019 secara dalam talian, Mooncake Halal Syikin mendapat sambutan ramai bagi keunikkan perisa kuih bulan dengan inti coklat, dalgona dan karamel.

Antara perisa kuih bulan yang disediakan adalah pandan, kacang merah, green tea dan original yang boleh ditempah awal menerusi laman media sosial.

4. InterContinental Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Ampang mempersembahkan tema Taman Sinaran Bulan ‘Moonlit Garden’ yang memperagakan pelbagai jenis kuih bulan yang dibuat khas daripada Tao Chinese Cuisine. Uniknya tahun ini InterContinental Kuala Lumpur memperkenalkan perisa baharu iaitu Durian Musang King dengan oat dan Baked Almond Purple Sweet Potato Skin with Pandan Paste.
Tidak tertinggal juga perisa kegemaran ramai iaitu Butterfly Pea Flower Snow Skin with Bird’s Nest dan White Lotus Paste. Anda juga boleh memilih set yang dijual mengikut perisa kuih bulan pilihan anda iaitu set ‘Moonlit Waters’ yang menawarkan 2 jenis kuih bulan dan set ‘Moonlit Blossoms’ dengan empat jenis kuih bulan.

5. Hilton Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur menawarkan set kuih bulan mesra alam di mana mereka menggunakan kotak buluh yang direka khas dengan lapisan fabrik baldu cantik. Terdapat variasi jenis kuih bulan untuk dipilih, termasuk kuih bulan tradisional dan kuih bulan ‘snow-skin’ yang unik.

Chocolate Crescent, Snow Skin Pandan Lotus Paste with Spicy Sauce, Snow Skin Lotus Paste with Soft Custard Egg Yolk, White Lotus Paste dan Pure Lotus Paste Single Yolk adalah perisa kuih bulan yang wajib dicuba di sini.