Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO yang berada di negeri Terengganu. Tiga buah PSD yang terlibat ialah Proton Ramaco Motor Sdn Bhd, Proton Indah Sari Otomobil Sdn Bhd dan Honda Tan Eng Ann.

Pelaksanaan program ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kementerian untuk memeriksa keadaan kenderaan konsesi dan memastikan pembaikan dijalankan sebagaimana perlu. Selain itu, maklum balas daripada pengguna atau Pegawai Kenderaan juga turut diambil bagi tujuan pemantauan dan panduan untuk penambahbaikan. Satu sesi taklimat juga turut disampaikan oleh pihak SPK kepada pegawai kenderaan semasa program ini dijalankan.

S3

SPANCO telah hadir untuk memberikan kerjasama serta sokongan dalam memastikan kelancaran penyelarasan program ini agar pihak kementerian dapat menjalankan proses pemeriksaan kenderaan konsesi tersebut dengan lancar.

S1

Lawatan pemeriksaan kenderaan ini telah dihadiri oleh tiga orang pegawai SPK iaitu, Ir. Ts. Rozian So-om, Jurutera Kanan, En Nazaruddin Abu Bakar, Penolong Jurutera Kanan dan En Amirulbahri Mantor, Penolong Jurutera Kanan.

S2

Turut hadir, pihak pengurusan SPANCO bagi membantu menjayakan program kali ini ialah En. Ronnie Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan, En. Richard Velayuthan, Pengurus Kanan Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi, Pn. Rohana Abdullah, Pengurus Unit Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Pematuhan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!