4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk menyalurkan udara yang ditapis ke dalam kotak engkol. Selain itu, ia juga menjimatkan penggunaan bahan api dengan mengitar semula bahan api yang tidak terbakar kembali ke dalam kebuk pembakaran.

Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan kerosakan enjin. Kenali antara tanda kerosakan PCV supaya anda boleh mengambil tindakan pembaikan awal seperti berikut:

1. Bunyi daripada Enjin

Tanda awal yang menunjukkan injap PCV mengalami kerosakan adalah pengeluaran bunyi asing daripada bahagian enjin kenderaan. Hal ini berlaku apabila injap PCV tersumbat dan menyebabkan ia terbuka. Walaupun bunyi tersebut akan hilang atau kurang semasa anda meneruskan pemanduan, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan segera di pusat servis untuk pemeriksaan lanjut dan lakukan penggantian bagi mengelakkan kerosakan enjin.

2. Pengeluaran Asap Biru

Pengeluaran asap biru dari ekzos kereta adalah tanda kerosakan injap PCV kerana  injap PCV berfungsi untuk melepaskan tekanan yang terkumpul pada ‘oil pan’. Tekanan disalurkan ke dalam pancaronggan pengambilan (intake manifold) di mana asap boleh dibakar semula. Oleh itu, apabila injap PCV tersekat, minyak akan bercampur dengan gas lain dan menyebabkan pengeluraran asap biru.

3. Lampu Amaran Enjin Menyala

Injap PCV yang tersumbat akan menyebabkan Unit Kawalan Enjin (ECU) mencetuskan lampu amaran enjin menyala dan menghasilkan kod DTC. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kerosakan dari segi prestasi pengawal selia pengudaraan kotak engkol positif, litar kawalan pemanas pengudaraan kotak engkol terbuka, masalah sistem bahan api dan kerosakan silinder. Lakukan pemeriksaan di pusat servis diiktiraf untuk pembaikan selanjutnya.

4. Kebocoran Minyak

Apabila injap PCV tersekat, gas dan wap minyak akan terkumpul serta menyebabkan tekanan pada kotak engkol meningkat. Ia boleh menyebabkan pengeluaran minyak dari pengedap sistem PCV dan penutup injap. Oleh itu, jika anda melihat lopak minyak di bawah kenderaan dan tiada sebarang kerosakan pada sistem minyak, itu adalah tanda kebocoran minyak daripada sistem PCV atau penutup injap. Segera lakukan pemeriksaan kerana membiarkan kebocoran minyak akan mengakibatkan kerosakan palam pencucuh dan penggunaan minyak meningkat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!