Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya peningkatan pencemaran udara disebabkan pelepasan gas karbon dioksida.

Pelepasan karbon daripada kenderaan bermotor boleh menyebabkan pemanasan global dan mengakibatkan paras suhu bumi meningkat seterusnya menyebabkan perubahan iklim. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, anda perlu ikuti beberapa langkah berikut untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada penggunaan kenderaan.

Cara Mengurangkan Pelepasan Karbon Kenderaan

Pengeluar kenderaan sentiasa membangunkan teknologi dan inovasi baharu untuk mengurangkan pelepasan karbon kenderaan. Di bawah adalah beberapa kaedah cepat efektif dan mudah untuk pengguna kenderaan mengurangkan pencemaran udara.

  • Menggunakan kenderaan yang diluluskan mengikut norma pelepasan terkini.
  • Berkongsi kenderaan ‘carpooling’ adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan pencemaran dan juga menjimatkan kos.
  • Penggunaan kenderaan sifar pelepasan karbon seperti kereta elektrik, basikal elektrik dan kenderaan komersial boleh mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara.
  • Penggunaan pengangkutan awam oleh orang ramai terutamanya pada waktu puncak.
  • Melakukan penyenggaraan berkala boleh menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih. Kereta yang tidak diselenggara dengan baik adalah punca peningkatan pencemaran.
  • Penggunaan pengubah bermangkin ‘catalytic converter’ dapat mengurangkan pencemaran udara daripada kereta.

Cara Mencegah Pengeluaran Asap dari Kenderaan

1. Penggantian Bahan Api

Penggantian penggunaan kenderaan berasaskan bahan api kepada kenderaan elektrik (EV) adalah cara terbaik untuk mengurangkan pencemaran udara. Kenderaan elektrik mengurangkan 5% hingga 10% pelepasan karbon dioksida daripada penggunaan kenderaan berasaskan bahan api.

Selain itu, kenderaan elektrik juga boleh membantu mengurangkan pelepasan asap ekzos sebanyak 75%. Keberkesanan kos kenderaan elektrik juga merupakan faktor yang menjadikannya mampu milik dan menarik bagi pemilik. Selain kenderaan elektrik, pengangkutan awam berkuasa elektrik sepert LRT dan MRT juga merupakan satu lagi cara yang berkesan untuk mengurangkan pelepasan asap daripada kenderaan.

2. Pengurusan Trafik

Pengurusan trafik yang lancar ialah salah satu cara paling penting untuk mengurangkan masa perjalanan serta meningkatkan penjimatan bahan api kereta. Terperangkap di kesesakan lalu lintas bagi tempoh masa lama akan meningkatkan pelepasan karbon. Sebagai pengguna kenderaan bermotor, kita seharusnya perlu mengambil inisiatif dalam merancang perjalanan untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan trafik ini, terutamanya pada waktu puncak bagi mengurangkan pencemaran udara oleh kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!