5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan. Ramai mengabaikan penyenggaraan komponen penting ini yang menyebabkan jangka hayatnya kurang dengan cepat. Dengan ini, kenali antara punca yang mengurangkan jangka hayat tayar seperti berikut:

1. Usia Tayar

Tayar kenderaan yang telah lama digunakan akan rosak jika anda tidak melakukan penyenggaraan berkala. Menggunakan tayar lama juga akan menjejaskan prestasi kereta, meningkatkan risiko kemalangan dan kerosakan komponen lain.

Secara purata, jangka hayat tayar adalah antara 5 tahun atau setiap 50,000 km. Ia bergantung pada yang mana datang dahulu dan anda perlu menukar tayar. Kadang kala anda juga perlu menukar tayar jika berlaku kerosakan lain seperti tayar haus, pancit, meletup dan lain-lain bagi menjamin pemanduan yang selamat.

2. Kerosakan Tayar

Jangka hayat penggunaan tayar yang rosak akibat terkena paku, skru, haus atau lain-lain akan berkurangan walaupun anda telah membaikinya. Kerosakan kecil seperti terkena paku juga akan menyebabkan tayar kenderaan cepat haus dan lusuh. Oleh itu, pastikan anda mengelakkan kerosakan kecil seperti tayar pancit, menggunakan tayar dengan kedalaman bunga kurang 1.6 milimeter, kekurangan tekanan udara dan lain-lain supaya dapat meningkatkan jangka hayat tayar.

3. Keadaan Jalan Raya

Keadaan jalan raya juga menjadi salah satu punca jangka hayat tayar kenderaan berkurangan. Melalui jalan berlubang, bonggol, barangan tajam dan lain-lain akan mengurangkan jangka hayat tayar. Selain itu, faktor-faktor ini akan memberi tekanan yang tidak sekata pada tayar dan meningkatkan keupayaan kerosakan tayar. Dengan ini, jaga gaya pemanduan dengan mengelakkan memandu di jalan yang tidak rata atau berlubang.

4. Keadaan Cuaca

Tayar yang terdedah lama kepada bahang matahari boleh menyebabkan berlaku kerosakan reput kering (dry rot) dan meningkatkan kadar haus dan lusuh. Apabila suhu meningkat, tekanan udara dalam tayar akan meningkat hingga menyebabkan ia meletup. Inflasi berlebihan pada tayar juga boleh mengganggu brek dan menyebabkan tayar haus lebih awal. Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tekanan udara tayar kereta bagi tujuan keselamatan.

5. Gaya Pemanduan

Gaya pemanduan kenderaan seperti memandu melebihi had laju, brek mengejut, kerap membrek dan lain-lain akan mengurangkan jangka hayat tayar. Begitu juga dengan pengabaian menyenggara tayar kenderaan atau membaiki kerosakan tayar turut menjejaskan jangka hayatnya.

Sentiasa lakukan pemeriksaan berkala pada keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan dan dapatkan bantuan pakar jika terdapat sebarang kerosakan dengan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!