Tanda Pemancit Badan Pendikit ‘Throttle Body’ Rosak

Pemancit badan pendikit atau lebih dikenali sebagai throttle body adalah komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi mengawal input kuantiti udara ke dalam ruang pembakaran enjin melalui saluran ambilan udara.

Pemancit badan pendikit yang tidak berfungsi dengan baik atau tersumbat akan menghentikan aliran udara ke dalam ruang pembakaran enjin. Hal ini menyebabkan masalah pada prestasi enjin dan juga menghantar bahan api yang tidak terbakar melalui sistem ekzos. Berikut adalah antara tanda komponen ini mengalami kerosakan:

1. Meter RPM Tidak Stabil

Meter RPM yang tidak stabil dan kadang kala enjin mati apabila kenderaan berhenti adalah tanda throttle body rosak. Jika kenderaan anda mengalami masalah ini, anda perlu segera periksa throttle valve dan sensor throttle body kerana mungkin terdapat kekotoran pada komponen tersebut. Selain itu, periksa juga air flow sensor kerana kemungkinan terdapat kerosakan atau kekotoran yang perlu diganti atau dibersihkan.

2. Kerosakan Pada Throttle Position Sensor

Throttle position sensor (TPS) adalah komponen penting dalam enjin kereta anda. Ia berfungsi untuk mengesan sudut bukaan throttle butterfly dan mengeluarkan variasi voltan untuk dihantar ke ECU (Engine Control Unit). TPS ini menentukan jumlah campuran udara dan bahan api untuk pembakaran lengkap dalam enjin.

Jika komponen ini rosak, pembakaran dalam enjin tidak sempurna dan menyebabkan prestasi enjin kurang, semput dan sebagainya. Bagi menentukan jenis kerosakan komponen ini anda perlu dapatkan bantuan pakar automotif berdekatan.

3. Masalah Elektrik

Komponen elektrik yang disambungkan pada throttle body boleh mengalami kerosakan. Hal ini akan mengganggu penghantaran maklumat ke komputer kenderaan dan memberi tanda isyarat elektrik yang tidak stabil.

Dengan ini throttle body akan menyampaikan maklumat palsu ke komputer kenderaan serta boleh menjadi isu serius kerana ia akan menyebabkan berlakunya campuran bahan api-udara tidak berada dalam kadar yang betul.

4. Lampu Amaran Enjin Menyala

Lampu amaran enjin atau  ‘check engine’ akan menyala jika terdapat sebarang masalah pada throttle body . Throttle body kotor, rosak, throttle position sensor dan air flow sensor akan membuatkan lampu amaran enjin menyala pada papan pemuka kenderaan. Anda boleh lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan agar mengenal pasti punca kerosakan sebenar.

5. Bunyi Enjin

Throttle body yang kotor atau rosak akan mengeluarkan bunyi pelik daripada bahaguan enjin dan RPM enjin akan menurun. Sekiranya keadaan ini berlaku, anda perlu lakukan pemeriksaan pada sensor throttle body kerana mungkin ia mengalami kerosakan yang perlu dibaiki segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!