Program iTEKAD Membantu Usahawan Mikro

iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh dan memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan. Selain itu, program ini juga bertujuan membantu mereka ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.

Setiap program iTEKAD telah distrukturkan dengan teliti dengan menggabungkan beberapa elemen asas perniagaan seperti:

  • Pemberian modal permulaan untuk penyediaan aset perniagaan yang dibiayai melalui instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai;
  • Pembiayaan mikro yang menyokong keperluan modal kerja bagi pengembangan perniagaan dan memupuk tingkah laku kewangan yang berhemat; dan
  • Penyediaan bimbingan atau latihan kewangan termasuk perancangan perniagaan yang berstruktur secara berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan untuk daya tahan dan prestasi perniagaan.

Program ini menggabungkan dana dermawan dan komersial untuk memberikan latihan berstruktur, modal permulaan dan pembiayaan mikro kepada segmen sasaran. Pembiayaan inisiatif i-TEKAD yang diperuntukkan minima adalah RM5,000 dan maksima RM50,000.

Program ini diselaraskan oleh institusi kewangan peserta iTEKAD (usahawan mikro), dengan kerjasama rakan pelaksana seperti Penyedia latihan, Majlis Agama Islam Negeri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi Kerajaan.

Ushawan yang layak memohon di bawah program ini adalah usahawan Asnaf, usahawan mikro B40 dan usahawan pelajar. Syarat serta kelayakan termasuk golongan sasar bagi penerima manfaat mungkin berlainan mengikut program yang ditawarkan oleh institusi kewangan pelaksana. Bagi maklumat lanjut mengenai program ini anda boleh melayari laman sesawang rasmi iTEKAD.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!