5 Cara Mudah untuk Mempraktikkan Pemanduan Lestari

Kelestarian dalam industri automotif adalah penting untuk melindungi bumi kita. Amalan pemanduan lestari bukan sahaja mengurangkan pencemaran alam sekitar malah membantu mengurangkan penggunaan bahan api. Berikut adalah lima cara mudah  untuk mempraktikkan pemanduan lestari:

1. Elakkan Brek Mengejut dan Memecut

Brek dan memecut secara mengejut akan melonjakkan penggunaan bahan api serta menjadi punca berlaku peningkatan pelepasan karbon. Bagi mengelakkan situasi ini, anda perlu memandu dengan mengekalkan jarak 1 meter dari kenderaan hadapan. Hal ini dapat mengelakkan anda brek secara mengejut dan memecut dengan tiba-tiba.

2. Gunakan Sistem Kawalan Pemanduan

Sistem kawalan pemanduan atau lebih dikenali sebagai ‘cruise control’ adalah satu sistem automatik dalam kenderaan yang digunakan untuk mengawal had laju kereta. Kebanyakan kereta moden kini mempunyai pilihan kawalan pemanduan ini bagi membantu gaya pemanduan anda.

Anda digalakkan untuk menggunakan sistem ini bagi mengekalkan kelajuan yang konsisten ketika perjalanan jauh. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan bahan api serta meningkatkan jangka hayat tayar kerana kereta bergerak pada kelajuan tetap dan mengurangkan tekanan pada enjin.

3. Penyenggaraan Berkala

Keadaan kenderaan yang berada dalam tahap optimum menjadikan ia lebih cekap tenaga dan memberikan pemanduan yang lebih lancar. Melakukan penyenggaraan berkala tanpa gagal akan memastikan komponen kenderaan berfungsi dengan baik serta mengurangkan pelepasan karbon. Ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api dan mengoptimumkan prestasi enjin kenderaan anda.

4. Sentiasa Mengekalkan Tekanan Udara Tayar Yang Optimum

Apabila tekanan tayar turun 10% di bawah jumlah yang disyorkan, ia meningkatkan tekanan pada enjin kereta anda. Kekurangan tekanan udara dalam tayar juga akan mengurangkan prestasi kereta dan menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api untuk memberikan kuasa yang diperlukan.

Bagi mengelakkan situasi ini, anda perlu mengekalkan tekanan udara tayar pada tahap optimum atau seperti yang disyorkan agar kenderaan anda beroperasi dengan baik.

5. Pilih Tayar Sesuai dengan Kenderaan Anda

Komponen utama yang memastikan pemanduan lancar adalah tayar. Oleh itu, pilihlah tayar kenderaan yang disyorkan oleh pengeluar kereta serta menepati gaya pemanduan anda. Hal ini penting untuk memastikan kenderaan anda lebih cekap dan tahan lama serta mengurangkan pencemaran.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!