Keperluan Menyilang Tayar Kenderaan

Menjaga jangka hayat tayar kenderaan bergantung pada gaya pemanduan, jenis tayar, kekerapan penggunaan kenderaan dan penyenggaraan tayar. Putaran tayar atau menyilang tayar secara berkala adalah aspek penting dalam mengoptimumkan prestasi tayar dan memanjangkan jangka hayatnya.

Setiap kedudukan tayar mengalami kadar dan jenis haus yang berbeza. Mengambil kes pacuan roda hadapan, tayar hadapan mengalami lebih banyak daya tork dan geseran yang diperlukan untuk membelok, memecut dan membrek yang menyebabkannya ia lebih cepat haus.

Menyilang Tayar

Tayar yang dipasang di hadapan mana-mana kenderaan menanggung beban lebih berat daripada tayar belakang. Ini disebabkan oleh penempatan enjin dan komponen lain. Oleh itu, dalam jangka masa panjang, kesemua tayar kenderaan boleh cepat haus dan memerlukan penggantian.

Bila Perlu Tukar Tayar

Pengeluar tayar menyarankan tayar disilangkan setiap 6 bulan atau setiap 5,000 km hingga 10,000 km dan berbeza mengikut kenderaan serta keperluan tayar. Disenaraikan beberapa kondisi tayar kereta yang perlu disilang seperti berikut:

● Jika kereta anda kerap dipandu dengan muatan berat atau jarak jauh pada keadaan jalan yang tidak rata; menyilang tayar adalah satu keperluan.
● Silang tayar diperlukan jika anda kerap memandu pada kelajuan tinggi. Ia menghilangkan haus dan lusuh yang tidak sekata.
● Gegaran stereng juga disebabkan oleh kehausan tayar yang tidak rata. Oleh itu, jika anda merasakan terdapat gegaran pada stereng semasa brek atau pemanduan biasa, sila lakukan penukaran atau silangkan tayar.

Mengapa Perlu Menyilang Tayar

Menyilang tayar ialah salah satu cara paling mudah untuk memastikan kenderaan anda beroperasi pada tahap optimum. Berikut adalah beberapa faedah melakukan silang tayar:

● Tayar Haus – Tayar tidak haus secara seragam. Tayar hadapan lebih cenderung menanggung beban ketika selekoh, menyebabkan ia lebih cepat haus daripada tayar belakang. Silang tayar dapat memastikan haus yang seimbang, yang bermaksud anda perlu menukar tayar anda dengan lebih jarang.
● Prestasi Optimum – Tayar yang haus sekata membawa kepada, prestasi yang lebih baik dan pengendalian, kenderaan yang lebih lancar.
● Keselamatan – Kehausan tayar yang tidak rata boleh menyebabkan tayar kurang cengkaman ketika berada atas permukaan jalan yang licin. Silang tayar dapat memastikan semua tayar mengekalkan daya geseran yang baik serta mengurangkan risiko kemalangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!