5 Tempat Viral di Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu (KKB) yang terletak di Hulu Selangor sangat terkenal sebagai lokasi pelancongan popular dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Aktiviti lasak, santai, berkelah dan sebagainya boleh dinikmati di bandar ini. Disenaraikan antara tempat ‘viral’ yang wajib anda kunjungi seperti berikut:

Rentas Adventure FB
Sumber : Facebook Rentas Adventure

1. Adren X Park

Ingin melakukan aktiviti lasak bersama rakan atau keluarga? Kunjungi Adren X Park yang terletak di Yellow Cabin, KKB untuk menikmati aktiviti flying fox. Anda  terbang setinggi 60 meter sambil mengagumi keindahan Sungai Selangor yang cantik. Selain itu, perjalanan flying fox ini juga akan menjanjikan pemandangan yang menakjubkan dengan keindahan kawasan  hutan hijau, perairan biru dan awan putih gebu di atas.

Harga tiket bagi dewasa adalah RM25 dan kanak-kanak RM20 sahaja. Tempat ini dibuka pada hari Khamis hingga Isnin  dari jam 10 pagi sehingga 6.30 petang. Tunggu apa lagi, segera lakukan tempahan untuk kunjungi tempat menarik ini.

sg-chiling-14
Sumber : gokelah.com

2. Air Terjun Sungai Chiling

Mandi di air terjun yang sejuk ketika cuaca panas mesti dapat hilangkan rasa haba yang panas. Air Terjun Sungai Chiling adalah lokasi popular untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Menariknya, anda perlu merentasi 5 batang anak sungai, mengharungi anak sungai yang berbatu dan licin serta perlu melepasi titi gantung adalah antara cabaran yang bakal anda hadapi untuk sampai ke kawasan air terjun.

Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan sekeliling yang mempesonakan seperti tumbuhan eksotik orkid liar dan buluh. Pastikan anda menjaga kebersihan kawasan air terjun selepas bermandi-manda.

sg-chiling-6
Sumber : gokelah.com
photo_12
Sumber : kkbparaglidingpark

3. Taman Luncur Udara KKB

Ingin terbang di udara dengan jiwa yang lapang? Kunjungi Taman Luncur Udara KKB atau lebih dikenali sebagai KKB Paragliding Park untuk melakukan aktiviti lasak yang menarik ini. Di sini mereka menawarkan luncur udara tandem master, di mana peserta akan terbang dari ketinggian 1,400 kaki h dengan juruterbang  yang menjadi jurupandu ketika pelepasan sehinggalah selamat mendarat di kawasan lapang

Anda boleh menikmati masa penerbangan dari 10 hingga 15 minit, bergantung kepada cuaca dan harganya pula adalah antara RM240 dan RM280. Harga yang ditawarkan ini juga termasuk peralatan GoPro dan kenderaan untuk ke gunung.

j1mdb6ozxgyasifgwzom
Sumber : Klook

4. Whitewater Rafting KKB

Jika anda gemar melakukan aktiviti berkumpulan bersama rakan-rakan anda, maka Whitewater Rafting KKB adalah salah satu lokasi yang wajib anda kunjungi. Aktiviti sukan air ini membolehkan anda berakit sejauh 8 km dengan anggaran masa sebanyak 2 jam di atas sungai. Seorang ahli profesional juga akan membimbing anda menaiki bot dan menjaga anda sepanjang masa aktiviti.

Sumber: The Sticks
5. The Stick

The Stick amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari tempat menarik di Kuala Kubu Bharu untuk percutian glamping. Tempat yang dikelilingi hutan hijau n ini juga terletak berdekatan dengan Sungai Meranti. Terdapat 11 jenis tempat penginapan berbeza seperti Bamboo House, Serengeti Tent, Riverside Tendok, Opera House dan The Ara yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda. Harga penginapan untuk satu malam bermula dari RM342. Selain pakej makanan, terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang anda boleh dicuba seperti paragliding, jungle trekking, white water rafting dan tubing.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!