Perodua Product Knowledge Training

22 & 23 Ogos 2023 – SPANCO telah menghadiri program Perodua Product Knowledge Training bertempat di Perodua Academy, Rawang, Selangor. Program yang dianjurkan oleh Perodua Malaysia ini telah dihadiri seramai 48 orang warga kerja SPANCO yang terdiri daripada pihak pengurusan dan para staf SPANCO.

Program yang berlangsung selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan ciri-ciri model kereta Perodua Aruz, Bezza dan Ativa. Model kereta ini adalah antara model kereta baharu SPANCO sebagai salah satu kenderaan konsesi kerajaan pada tahun ini.

s3

Di samping itu, para peserta turut diberi pendedahan mengenai info dan garis panduan servis serta ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada model kenderaan ini. Mereka juga berpeluang untuk melihat dan menilai model kereta Perodua dengan lebih terperinci bersama pegawai dan staf Perodua.

Program ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memastikan warga kerja SPANCO lebih memahami ciri-ciri kenderaan, garis panduan keselamatan serta mahir dalam mengendalikan model kenderaan berkenaan. Inisiatif ini dapat membantu warga kerja SPANCO agar lebih mudah untuk memahami dan mengambil tindakan sekiranya terdapat permasalahan pada model kereta ini.

s2

Turut hadir pada program ini Perodua Product Knowledge Training ialah Tuan Haji Zulkifli bin Abd Aziz, Ketua Bahagian Operasi SPANCO; Encik Shahrizal Md Zainal, Ketua Bahagian Selepas Jualan serta warga kerja SPANCO yang terlibat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!