Punca Cermin Kenderaan Retak

Cermin hadapan kenderaan yang retak atau pecah adalah antara masalah yang sentiasa dihadapi oleh pemilik kenderaan. Situasi ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kesedaran anda. Kenali antara punca cermin kenderaan retak agar anda dapat lebih berwaspada semasa menggunakan kenderaan.

1. Terkena Batu atau Objek Asing

Kenderaan biasanya terdedah pada risiko seperti terkena benda asing iaitu serpihan batu, kayu, pasir dan lain-lain ketika memandu di jalan raya sibuk. Objek ini boleh terkena pada cermin hadapan atau ‘melantun’ ke cermin kereta anda daripada kenderaan lain terutamanya lori dan secara tidak langsung menyebabkan cermin kereta anda retak.

Salah satu cara boleh mengelakkan keadaan ini adalah dengan elakkan memandu terlalu rapat dengan kenderaan berat bagi melindungi komponen penting kenderaan anda.

2. Suhu Panas

Tahukah anda kenderaan yang dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari bagi tempoh masa lama berisiko mengalami keretakan cermin kereta atau cermin tiba-tiba pecah? Hal ini berlaku kerana bahan logam pada rangka kereta berpotensi memanaskan bahagian tepi cermin dengan lebih cepat sekaligus menyebabkan keretakan.

Kadar pengecutan dan pengembangan pula berbeza mengikut bahagian cermin kenderaan anda dimana bahagian tepi berisiko tinggi daripada bahagian tengah. Pastikan anda elakkan letak kenderaan di bawah cuaca panas terik.

3. Dihempap Pokok

Meletakkan kenderaan di bawah pokok adalah sangat berisiko terutamanya pada musim tengkujuh. Hal ini kerana ketika hujan lebat atau ribut, dahan pokok boleh patah lalu jatuh menghempap cermin kereta. Elakkan meletakkan kenderaan di bawah pokok untuk melindungi kereta anda daripada sebarang kerosakan yang perlu menampung kos pembaikan tinggi.

4. Kenderaan Berat

Kebanyakan kes keretakan cermin hadapan kenderaan berlaku kerana memandu terlalu dekat dengan kenderaan berat atau lebihan muatan seperti lori sampah, traktor dan lain-lain. Kenderaan berat ini biasanya membawa banyak bahan berat dan jika tiba-tiba jatuh ke atas kereta berhampiran, ia boleh memecahkan kaca kenderaan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa cuba mengekalkan jarak yang selamat dari kenderaan sedemikian untuk melindungi anda dan kereta.

5. Kualiti Cermin Hadapan

Terdapat segelintir pengguna kenderaan yang akan memilih untuk pasang cermin hadapan yang berkualiti rendah untuk mengurangkan kos pembaikan. Menggunakan cermin hadapan kualiti rendah boleh meningkatkan risiko pecah dan retak dengan cepat. Pastikan anda menggunakan cermin hadapan yang disarankan oleh pakar untuk meningkatkan jangka hayat dan penggunaanya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!