Majlis Penyerahan Kereta Perodua

8 Ogos 2023 – Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan bagi model baharu iaitu Perodua telah diadakan di Pusat Servis Wilayah SPANCO Batu Caves. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO yang menerima replika kunci kereta Perodua sebagai simbolik penyerahan daripada Encik Suresh Kumar, Director of New Business Division Perodua Malaysia.

Sebelum ini, SPANCO telah memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak Perodua pada 15 Jun yang lalu. Hasil daripada perjanjian MoU tersebut, SPANCO telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Perodua untuk membekalkan kenderaan konsesi kerajaan.

s2

Di samping itu, SPANCO telah memperolehi kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia untuk membekalkan tiga (3) model kereta Perodua iaitu Aruz, Ativa dan Bezza untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan. Penyerahan fasa pertama bagi kenderaan model Perodua ini adalah sebanyak 40 buah unit yang akan diserahkan kepada kementerian, jabatan dan agensi yang berkenaan.

s3

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Zulkifli Abd Aziz, Ketua Bahagian Operasi SPANCO; Encik Shahrizal Md Zainal, Ketua Bahagian Selepas Jualan SPANCO dan Encik Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan SPANCO; Encik Arman Hasmanizar Che Ahmad, General Manager of Pre-Owned Vehicle and Fleet Management & Development Perodua; Encik Mohd Mustafa Mohd Rahizan Outlet Manager Perodua; Encik Patrick Liew Chin Kee, Manager of Pre-Owned Vehicle Perodua; Puan Nor Hafizah Idris Branch Manager Perodua Sales Sdn Bhd serta warga SPANCO yang terlibat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!