Faktor Menyebabkan Lampu Amaran Penutup Bahan Api Menyala

Kenderaan baharu kini mempunyai banyak fungsi baru digunakan untuk memudahkan pengguna kenderaan. Antaranya adalah pelbagai jenis tanda amaran di papan pemuka termasuk lampu amaran penutup bahan api yang memastikan sistem bahan api kenderaan anda berfungsi dengan baik. Pemandu kenderaan perlu berwaspada jika lampu amaran ini menyala kerana boleh menjejaskan penggunaan bahan api. Disenaraikan antara punca lampu amaran ini menyala seperti berikut:

1. Penutup Bahan Api Longgar

Bagi penutup bahan api berfungsi dengan baik ia perlu dipasang dengan betul pada penahan isian bahan api (titik masuk bahan api). Sekiranya ia longgar, bahan api akan menyejat dan menjejaskan prestasi kenderaan. Jika penutup bahan api kenderaan anda longgar, pastikan anda mengetatkannya dengan betul sebelum melakukan perjalanan atau gantikan baharu.

2. Kehilangan Penutup Bahan Api

Kadangkala, pemandu boleh lupa memasang semula penutup bahan api selepas mengisi bahan api di stesen minyak. Hal ini akan menyebabkan lampu amaran penutup bahan api menyala dan kenderaan juga tidak boleh bergerak terlalu jauh tanpa penutup bahan api.

Selain itu, ia juga menjadi punca kehilangan banyak bahan api akibat penyejatan berlaku. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memasang semula penutup bahan api selepas mengisi bahan api di stesen minyak.

3. Penutup Bahan Api Rosak

Penutup bahan api yang rosak atau retak akan menyebabkan berlaku kebocoran bahan api daripada tangki gas. Kebocoran ini akan mencetuskan lampu amaran penutup bahan api menyala. Anda perlu menggantikan penutup bahan api yang baharu jika perasan ia mengalami tanda haus, retak atau terdapat kerosakan lain.

4. Gelang-O Kotor

Gelang-O (O-ring) adalah gasket getah yang berada dalam penutup bahan api. Ia berfungsi dalam mewujudkan pengedap yang selamat dan kedap udara apabila penutup diketatkan. Apabila gelang-O ini menjadi kotor ia akan menjejaskan keupayaan pengedap penutup bahan api daripada berfungsi secara optimum. Hal ini juga akan menyebabkan wap bahan api keluar dari tangki bahan api dan menyebabkan lampu amaran menyala. Anda boleh bersihkan gelang-O dengan kain lembut jika ia kotor.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!