Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan detik yang dinantikan setiap tahun untuk melihat kemeriahan dengan pelbagai perarakan serta persembahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Setelah empat tahun, Putrajaya dipilih lagi sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan pelbagai persembahan menarik disediakan untuk anda. Dengan ini dikongsikan tema, logo dan acara khas sambutan tahun 2023 seperti berikut:

Tema

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang dipilih adalah ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ di mana tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu,aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah perpaduan sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Logo

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia MADANI dan menghailkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar ‘Rukun Negara’. Selain itu, logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

merdeka 1

 

Acara Khas Tahun 2023

Sambutan meriah Bulan Kebangsaan merangkumi aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69, perarakan cosplay dan pelbagai maskot watak terkenal; perarakan 30 kereta antik yang membawa 30 orang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia; dan perarakan 30 ekor kuda dari Unit Berkuda PDRM. Sebanyak 36 pasukan pancaragam, beserta gaya dan kreativiti tersendiri akan mengiringi acara perbarisan serta perarakan.

Selain itu, 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan; Perpaduan Malaysia MADANI; Ekonomi; Perbankan; Telekomunikasi; Industri Kreatif; Komuniti; Sukan Negara; Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. Marilah ramai-ramai menghadiri sambutan ini dan memeriahkan lagi suasana pada Hari Kebangsaan kita.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!