Punca Kebocoran Bendalir

Terdapat kesan bendalir di bawah kenderaan? Ia adalah tanda radiator kereta mengalami masalah yang perlu diberi perhatian segera. Disenaraikan antara punca kebocoran bendalir di bawah kenderaan adalah seperti berikut:

1. Sistem Penyaman Udara

Salah satu punca utama kebocoran bendalir berlaku adalah disebabkan pemeluwapan daripada sistem penyaman udara. Hal ini kerana terdapat kebocoran di saluran paip atau tangki dan getah yang rosak. Ini boleh menyebabkan kerosakan sistem penyaman udara jika tidak melakukan pembaikan segera.

2. Pemeluwapan Ekzos

Jika anda lihat kebocoran bendalir semasa kenderaan tidak digunakan adalah punca daripada pemeluwapan ekzos. Lopak air akan berada di sekeliling paip ekzos. Anda perlu lakukan pemeriksaan segera jika ia disertai dengan asap putih dari paip ekzos semasa kenderaan dihidupkan. Hal ini kerana asap putih adalah tanda bahan penyejuk terbakar bersama campuran bahan api.

3. Penutup Kepala Gasket Rosak

Penutup kepala gasket yang rosak boleh dikesan apabila sejumlah besar titisan air yang keluar dari ekzos dengan asap putih yang tebal. Kepala gasket biasanya menutup kebuk pembakaran enjin dan menghalang kebocoran penyejuk atau minyak. Oleh itu, bahan penyejuk boleh masuk dan terbakar di dalam kebuk pembakaran apabila gasket rosak lalu mengeluarkan asap putih serta berlaku kebocoran bendalir.

4. Kebocoran Bendalir Pencuci Pengelap Cermin

Kesan air berwarna biru atau jernih adalah tanda kerosakan bendalir pencuci pengelap cermin. Ia berlaku akibat pemeluwapan air dan tidak memberikan kesan buruk serta merta pada kenderaan anda. Anda boleh melakukan pemeriksaan dahulu sama ada terdapat sebarang kebocoran dan segera menghantar kereta ke pusat servis bertauliah untuk bantuan lanjut.

5. Kerosakan Sistem Brek

Tompokan bendalir berwarna jernih atau kekuningan berhampiran tayar kereta, di sisi kereta yang terletak salur brek atau di bawah dinding yang terletak silinder induk adalah tanda kerosakan sistem brek. Anda perlu melihat kesan bendalir tersebut dan lakukan pemeriksaan segera di pusat servis untuk mengelakkan berlaku kerosakan lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!