Penggunaan Bendera Malaysia

Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Bendera Jalur Gemilang adalah satu lambang dan identiti negara yang perlu disanjung oleh setiap warganegara.

Bendera Malasyia berasal daripada Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadikan penambahan pada jalur dan bintang pecah dari 11 kepada 14 yang menunjukkan 14 buah negeri bermula 16 September 1963 dengan nama baharu negara iaitu Malaysia. Setelah Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan sehingga hari ini yang melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ukuran dan Jenis Bendera Jalur Gemilang

Bendera mempunyai pelbagai ukuran bergantung pada tujuan dan jenis penggunaannya serta di mana Jalur Gemilang akan dikibarkan. Disenaraikan antara jenis dan ukuran bendera Jalur Gemilang bagi rujukan anda supaya anda tidak menyalahgunakannya.

1. Bendera Biasa

Bendera biasa akan dikibarkan di bangunan, pejabat dan rumah kediaman. Bendera ini mempunyai lebar bendea 91.5 sm dengan panjang 183 sm. Bagi ketinggian tiang bendera pula berukuran pada 610 sm. Manakala bagi garis pusat tiang bendera adalah perlu berukuran 7.6 sm.

2. Bendera Rumah

Bendera rumah pula dikhusukan untuk kegunaan di rumah kediaman dan di dalam pejabat di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad. Lebar bendera adalah berukuran 61 sm dan panjang 122 sm. Bagi kegunaan luar bangunan kekal, ketinggian tiang bendera adalah 610 sm dan garis pusat tiang bendera adalah 7.6 sm. Manakala dalam bangunan tidak kekal pula ketinggian tiang bendera adalah 305 sm dan garis pusat tiang bendera adalah 3.8 sm.

3. Bendera Kereta

Bendera kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah, kanan atau kiri kereta. Di peringkat Persekutuan, amalan menggunakan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada pembesar-pembesar tertentu sahaja iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (bendera peribadi), pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara (bendera peribadi atau bendera negara masing-masing) dan Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (bendera negara masing-masing).

Dari segi saiz bendera pula lebar bendera adalah 15.25 sm, panjang 30.5 sm, ketinggian tiang bendera pada 40 sm dan garis pusat tiang bendera 1 sm.

4. Bendera Besar

Bendera saiz besar biasanya dikibarkan di bangunan kedutaan negara kita di luar negara. Jika di dalam negara, bendera saiz ini hanya dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Pengibaran bendera besar memerlukan ketinggian tiang bendera yang bersesuaian. Saiz bendera dari segi lebar adalah 183 sm, panjang 366 sm, ketinggian tiang bendera 1,220 sm dan garis pusat tiang bendera 15.2 sm.

5. Bendera Meja

Bendera meja biasanya digunakan semasa persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian. Dari segi saiz bendera iaitu lebar adalah 15.25 sm, panjang 30.5 sm, ketinggian tiang bendera 40 sm dan garis pusat tiang bendera 1 sm.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!