Kolaborasi ‘e Service Coupon’ bersama Honda Malaysia

26 Julai 2023 – SPANCO telah dijemput oleh syarikat Honda Malaysia untuk menghadiri kolaborasi bagi membincangkan mengenai Projek Kupon Servis atau e Service Coupon. Kolaborasi ini telah dikendalikan oleh dua orang wakil Honda Malaysia iaitu Encik Mohd Faizal Abdul Malek selaku penyelaras utama dan Encik Muhammad Ismail Rosmi selaku ketua projek.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk berkongsi maklumat kepada pihak SPANCO selaku Wakil Jualan dan Servis Honda, tentang prosedur kegunaan Kupon Servis secara automatik, penyerahan Kupon Servis serta kaedah penilaian tuntutan di dalam sistem perisian SAP DBM.

Di samping itu, fungsi Kupon Servis di dalam sistem perisian Dealer Management System (DMS) akan dipindahkan kepada sistem perisian SAP DBM, bertujuan untuk menyatukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem ke dalam satu platform yang sama. Kaedah ini sekaligus dapat memudahkan operasi harian untuk melaksanakan fungsi Kupon Servis dengan hanya menggunakan satu sistem sahaja.

s2

Pada masa ini, semua pakej perkhidmatan percuma dikekalkan dalam sistem DMS dan digunakan oleh SPANCO untuk penyerahan dan penilaian tuntutan Kupon Servis. Manakala sistem SAP DBM pula digunakan untuk perkhidmatan selepas jualan, seperti perkhidmatan dan invois.

Berpandukan landskap sistem perisian yang baharu ini, fungsi Kupon Servis dapat diuruskan lebih efisien dengan menggunakan sistem perisian SAP DBM, yang mana ianya dapat menggantikan fungsi sistem perisian DMS masa kini.

s3

Turut hadir dalam sesi mesyuarat ini ialah Encik Goh Peck Ong, Ketua Bahagian Sistem Pengurusan Maklumat; Encik Shahrizal Md Zainal, Ketua Bahagian Selepas Jualan dan Encik Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan serta staf SPANCO yang terlibat.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!