5 Punca Lampu Minyak Enjin Menyala

Beberapa punca boleh menyebabkan lampu amaran tekanan minyak atau minyak enjin menyala. Pengguna kenderaan perlu sentiasa berwaspada dengan tanda amaran awal ini agar dapat melakukan pembaikan segera dan elakkan kerosakan komponen kenderaan. Dengan ini disenaraikan antara punca lampu minyak enjin menyala seperti berikut:

1. Paras Minyak Rendah

Punca utama lampu amaran tekanan minyak menyala adalah disebabkan paras minyak yang rendah. Apabila paras minyak semakin rendah, tekanan minyak juga akan berkurang dan ia adalah tanda yang tidak baik untuk kenderaan anda.

Walaupun kenderaan tidak menggunakan minyak enjin sama seperti bahan bakar, ia tetap akan berkurangan sepanjang penggunaan kenderaan. Oleh itu, anda sebagai pengguna kenderaan wajib memeriksa takat minyak enjin sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini penting bagi memastikan tiada masalah kerosakan sistem enjin kenderaan kelak.

2. Minyak Kotor

Minyak enjin yang tercemar dan kotor boleh menyebabkan lampu amaran tekanan minyak menyala. Minyak enjin mengumpul kotoran dan zarah logam kecil semasa ia melalui enjin kereta. Minyak yang terlalu kotor boleh menyekat sistem minyak atau mengubah kelikatan serta menyebabkan tekanan minyak rendah.

lampu-amaran-tekanan-minyak-3
Sumber : pandulaju

3. Kebocoran Minyak

Sekiranya lampu amaran minyak enjin menyala selepas melakukan penyenggaraan, itu adalah antara tanda berlakunya kebocoran minyak. Kebocoran minyak boleh berlaku secara dalaman atau luaran, dan ia boleh menyebabkan pengeluaran bau terbakar atau asap dari enjin kereta.

Kebocoran minyak luaran mudah dikesan, yang mana anda boleh melihat titisan minyak di bawah kenderaan. Kebocoran dalaman berlaku di dalam blok enjin, jadi anda perlu melakukan pemeriksaan di pusat servis terdekat.

4. Sistem Penghantaran Minyak Tersumbat

Serpihan enjin dan enap cemar sering terkumpul di dalam ruang takungan minyak.
Terdapat beberapa gejala yang menunjukkan penyumbatan pada saluran minyak seperti enjin memercik, prestasi enjin yang lemah, asap ekzos gelap dan bunyi pelik dari enjin. Menggantikan minyak kotor dan penapis minyak semasa penyenggaraan adalah penting untuk mengelakkan masalah penyumbatan.

5. Sensor Tekanan Minyak Rosak

Satu lagi punca lampu minyak enjin menyala adalah disebabkan sensor tekanan minyak yang rosak. Sensor ini memantau tekanan minyak di dalam sistem. Ia memberi isyarat kepada Modul Kawalan Enjin (ECM) jika tekanan turun di bawah tahap tertentu. Sensor tekanan minyak yang kurang baik boleh menghantar isyarat yang salah kepada ECM dan mencetuskan lampu enjin menyala.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!