Sertai Pertandingan Menarik Sempena Bulan Kebangsaan 2023

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia. Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini, pihak kerajaan telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang ramai. Berikut disenaraikan antara aktiviti yang boleh disertai oleh anda atau ahli keluarga anda.

Public-Speaking-Main-Poster-500×707
Sumber : www.penerangan.gov.my

1. Pertandingan Public Speaking Asean 2023

Pertandingan Public Speaking Asean yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (IRDivision) terbuka secara percuma kepada murid sekolah yang berumur 13 hingga 17 tahun. Terdapat dua kategori petandingan ini iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini perlu rakam satu video Public Speaking dengan durasi 4 hingga 5 minit yang bertemakan ASEAN dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 berpandukan tajuk yang disediakan. Peserta boleh menghantar penyertaan ke pautan Google Forms yang akan disediakan oleh pihak urusetia atau di kod QR berkenaan.

Tempoh pertandingan ini pula bermula pada 1 Ogos hingga 16 September 2023. Sesiapa yang ingin mencungkil bakat rebutlah peluang terbaik ini dengan menyertai pertandingan dan menonjolkan kemahiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi penganjur.

Folk-Tales-Main-Poster-724×1024
Sumber : www.penerangan.gov.my

2. Pertandingan Storytelling Folk Tales Asean 2023

Anda suka bercerita? Inilah peluang terbaik untuk menunjukkan bakat anda dengan menyertai Pertandingan Storytelling Folk Tales ASEAN sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2023.

Peserta yang berminat perlu rakam satu video Storytelling Folk Tales anda dengan tajuk yang diberi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Video perlu berdurasi 4 hingga 6 minit dan perlu dihantar melalui pautan Google Forms yang akan disediakan oleh pihak urusetia atau di kod QR. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi penganjur.

358962684_23857172001140092_5421772850198163705_n
Sumber : Facebook
Kementerian Perpaduan Negara

3. Kongsi Cerita Merdeka

Semarakkan Hari Kemerdekaan anda dengan menyertai pertandingan Kongsi Cerita Merdeka anjuran Kementerian Perpaduan Negara. Penyertaan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2023. Peserta yang berminat perlu menghasilkan video berdurasi tidak melebihi 3 minit mengikut kreativiti anda yang bertemakan Kemerdekaan.

Cara menyertai pertandingan ini pula sangat mudah dimana anda perlu menggunakan media sosial seperti Facebook/ Instagram/ Tiktok dan pastikan akaun anda dalam mod awam. Muat naik video kreatif anda di akaun media sosial dengan menggunakan hashtag yang disediakan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini melalui laman sosial Kementerian Perpaduan Negara.

363389934_687173470116111_4285740625285448426_n
Sumber : shikinrazali

4. Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian

Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian bagi rakyat Malaysia sempena Bulan Kebangsaan. Peserta yang berminat boleh kunjungi laman sosial Perpustakaan Negara Malaysia dan imbas Kod QR untuk menjawab kuiz kemerdekaan. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah wang tunai dan sijil penyertaan daripada pihak penganjur. Penyertaan ini terbuka dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2023. Tunggu apa lagi? Segera imbas Kod QR dan sertai pertandingan ini!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!