Punca Penyaman Udara Kereta Berbau

Menaiki kenderaan yang berbau busuk setelah pasang penyaman udara akan menganggu keselesaan pemandu dan penumpang. Bau yang tidak menyenangkan sepanjang perjalanan boleh menyebabkan pemandu tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika memandu. Kenali antara punca penyaman udara kereta berbau busuk seperti berikut:

1. Pelapik Kaki Lembab

Tahukah anda, karpet atau pelapik kaki yang lembab boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan? Pelapik kaki yang kotor dan basah akan mengeluarkan bau busuk jika tidak dibersihkan dengan betul. Elakkan makan atau minum dalam kenderaan. Sekiranya makanan atau minuman tertumpah, anda perlu bersihkan atau keringkan pelapik kaki dengan segera agar ia tidak mengeluarkan bau busuk.

2. Penapis Udara Kabin Kotor

Penapis udara yang tidak disenggara secara berkala akan menyebabkan pengumpulan habuk, debu, debunga dan segala kotoran yang lain sekali gus mengurangkan keberkesanan penapisan udara. Ia juga menjadi punca utama pengeluaran bau busuk daripada penyaman udara. Oleh itu, lakukan penyenggaraan berkala dengan menggantikan penapis udara baharu supaya ia berfungsi dengan baik dan mengelakkan pencemaran udara di dalam kenderaan.

3. Pewangi Kereta

Pewangi kereta punca penyaman udara berbau? Ya, penggunaan pewangi kereta yang terlalu banyak atau jenis bau pelik secara berlebihan akan menyebabkan bahan kimia di dalam minyak wangi itu melekat pada permukaan kereta. Ia akan mengeluarkan bau busuk apabila terbiar lama. Pilihlah pewangi kereta yang bersesuaian untuk digunakan bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

4. Kebocoran Gas

Selain kurang berasa sejuk, salah satu petanda gas penyaman udara anda semakin kurang atau telah habis ialah apabila ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Anda perlu segera lakukan pemeriksaan terhadap kandungan gas jika ada bau busuk setelah pasang penyaman udara.

5. Kebocoran Antibeku

Adakah anda terhidu bau manis yang pelik di ruang kabin dalaman kenderaan? Bau tersebut dalam penyaman udara kereta adalah tanda kebocoran antibeku dalam sistem penyejukan. Etilena glikol ialah komponen dalam antibeku yang menurunkan suhu beku cecair.

Ia juga adalah bahan yang memberikan antibeku bau yang pelik. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk mengenal pasti kebocoran antibeku dan memperbaiki sebelum berlaku kerosakan teruk.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!