Tanda Kekurangan Bendalir Brek

Bendalir brek digunakan untuk memastikan sistem brek kenderaan berfungsi dengan baik. Penyenggaraan berkala terhadap bendalir brek sangat penting demi menjaga aspek keselamatan pengguna kenderaan. Ramai mengabaikan tanda amaran awal yang menunjukkan kekurangan bendalir brek atau masalah sistem brek lain. Oleh itu, disenaraikan antara tanda kekurangan bendalir brek yang perli diawasi seperti berikut:

1. Lampu Amaran ABS Menyala

Lampu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau ‘Anti-Lock Braking System’ berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. Sekiranya terdapat kebocoran pada bekas takungan ini, paras bendalir brek akan semakin berkurang dan lampu amaran ABS akan mula menyala untuk menunjukkan kekurangan bendalir brek. Segera lakukan pemeriksaan cecair bendalir brek bagi mengatasi masalah tidak diingini berlaku.

2. Pedal Brek Tidak Berfungsi

Kesukaran menekan brek ketika memandu adalah tanda kerosakan brek yang perlu diberi perhatian. Ia boleh berlaku akibat kekurangan bendalir brek dan anda juga boleh merasakan bahawa pedal brek lebih lembut apabila anda menekannya.

3. Bunyi Pelik Ketika Membrek

Kekurangan bendalir brek boleh mengeluarkan bunyi pelik ketika membrek. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan geseran semasa anda menekan brek. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera di pusat servis untuk mengetahui punca pengeluaran bunyi dan menambah bendalir brek sekiranya ia berkurangan.

4. Bau Terbakar Ketika Brek

Sekiranya anda perasan bau terbakar datang dari sistem brek kenderaan adalah tanda bendalir brek ‘overheat’ kerana kuantitinya yang rendah. Hal ini menyebabkan ia tidak boleh mengagihkan haba secara sama rata antara pelapik brek dan mula panas.

5. Pelapik Brek Haus

Kekurangan bendalir brek menyebabkan pedal brek tidak boleh menekan pelapik brek dengan jumlah tekanan yang sama. Ini menyebabkan masalah pelapik brek haus tidak sekata. Pengguna kenderaan juga akan mengalami masalah brek lain seperti pengeluaran bunyi pelik ketika membrek. Oleh itu, perhatikan keadaan pelapik brek dan gantikan sekiranya ia telah haus.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!