6 Makanan Unik Kelantan Yang Ramai Kurang Mengenali

Kelantan adalah negeri yang terletak di bahagian Pantai Timur Malaysia yang sangat popular dengan aneka makanannya yang sedap. Terdapat pelbagai variasi makanan tradisional dan keunikan budaya warisan yang masih dikekalkan oleh masyarakat setempat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kenali antara makanan unik di negeri ini yang wajib dicuba jika anda datang berkunjung di sini kelak.

resipi bonda
Sumber : Resepi Bonda

1. Nekbat

Kuih Nekbat adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat menggunakan telur dan tepung beras sebagai bahan asas kemudian disira dengan air gula dan daun pandan . Ia biasanya disediakan dengan adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Malaysia Asia
Sumber : Malaysia Asia

2. Nasi Tumpang

Nasi Tumpang atau lebih dikenali sebagai Nasi Tupe adalah antara makanan warisan Kelantan. Uniknya hidangan ini adalah disebabkan rupa bentuknya yang diletakkan di dalam kelongsong berbentuk kon yang diperbuat daripada daun pisang dan kesemua lauk diletak selang seli dengan nasi di dalamnya. Antara lauk yang diisi di dalam nasi tumpang ini ialah serunding ikan, kerutuk atau gulai ayam, gulai udang, kari ikan, sambal cili dan timun.

Awani
Sumber : Awani

3. Kerabu Sare

Kerabu Sare merupakan satu menu eksotik yang mendapat sambutan pada bulan Ramadan dan sukar didapati pada hari biasa. Ia adalah sejenis lauk ulaman sebenarnya berasal dari alga merah, spesies Grasilaria. Kerabu ini adalah campuran rumpai, bawang merah, serai dan beberapa bahan lain dan kebiasaannya dihidangkan dengan sambal kelapa dan dimakan dengan nasi atau begitu sahaja.

iluminasi
Sumber : iluminasi.com

4. Kuih Tahi Itik

Kuih tradisional yang dikenali sebagai Kuih Tahi Itik sangat popular dan  menjadi antara pilihan juadah semasa majlis keramaian. Ia diperbuat daripada telur dan disira panas dalam air gula. Kuih ini akan dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik mengikut citarasa pembuat. Ramai gemar makan kuih ini sebagai pencuci mulut kerana ia sangat manis.

budu
Sumber : Harakah Daily

5. Budu

Budu adalah antara makanan popular di Kelantan yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan sejenis pekasam yang diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Budu boleh dimakan dengan pelbagai jenis masakan atau makanan seperti nasi kerabu, colek, ulam-ulaman dan nasi panas.

cookpad
Sumber : cookpad.com

6. Nasi Kerabu

Salah satu makanan tradisi yang terkenal di negeri ini adalah Nasi Kerabu. Uniknya makanan ini adalah kerana warna kebiruan nasinya yang terhasil daripada penggunaan kelopak bunga telang.  Makanan tradisi ini biasanya dihidangkan bersama ikan kering, ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman seperti kubis, timun, kacang panjang, daun kesum dan bunga kantan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!