7 Julai 2023 β SPANCO telah menghadiri Majlis Penyerahan Kereta Pengiring (Lead Car) Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Dataran Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. Majlis penyerahan berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.
YBhg. Datuk Haji Nordin turut menyempurnakan acara simbolik penyerahan replika kunci kereta pengiring kepada institusi dan bahagian yang terlibat iaitu Bahagian Dasar Kepenjaraan, Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh bagi Negeri Selangor, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.
Di samping itu, SPANCO telah menyerahkan enam (6) buah kereta pengiring jenis Honda Civic 1.5L E kepada Jabatan Penjara Malaysia sehari sebelum majlis berlangsung, bagi menggantikan empat (4) buah kereta Proton Preve 1.6 CVT Premium yang sedia ada serta penambahan sebanyak dua (2) buah kereta yang baru untuk diagihkan kepada institusi dan juga bahagian berkenaan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman; En. Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin, Ketua Pegawai Operasi SPANCO; En. Sarly Adle Sarkum, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Honda Malaysia; Tuan Haji Zulkifli bin Abd Aziz, Ketua Bahagian Operasi SPANCO; pegawai dan warga Jabatan Penjara Malaysia serta staf-staf SPANCO yang terlibat.