Kenali Lampu Amaran di Papan Pemuka Kenderaan

Lampu amaran di papan pemuka kenderaan (dashboard light) adalah tanda awal yang menunjukkan komponen kenderaan mengalami kerosakan. Pengguna kenderaan perlu mengetahui setiap simbol yang ada pada papan pemuka kenderaan untuk mengenali kerosakan komponen tertentu. Dengan ini disenaraikan antara simbol lampu amaran selain bateri, bahan api dan minyak enjin yang perlu diketahui seperti berikut:

1. Traction Control

Lampu amaran sistem kawalan cengkaman atau lebih dikenali sebagai traction control light adalah sistem yang bertanggungjawab dalam mengawal tayar daripada kehilangan daya cengkaman semasa memecut di permukaan yang kurang cengkaman.

Lampu amaran ini akan menyala apabila terdapat masalah dengan sistem kawalan cengkaman kenderaan anda. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis terdekat bagi memastikan pemanduan selamat.

2. Lampu Amaran Stereng Kuasa

Stereng kuasa kenderaan digunakan untuk memudahkan pemandu mengawal kenderaan serta dapat membelok tayar hadapan ke arah yang mereka hendaki dengan senang dan lebih mudah. Jika lampu amaran stereng kuasa masih menyala selepas menghidupkan enjin dan stereng berat untuk dipusingkan, itu adalah tanda kerosakan pada sistem stereng yang memerlukan pemeriksaan segera.

3. Lampu Kabus

Lampu kabus atau fog light digunakan untuk penglihatan jelas pada keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat, keadaan berkabus, ribut atau semasa penglihatan rendah. Terdapat dua jenis lampu kabus yang terdiri daripada lampu kabus hadapan dan belakang yang biasanya terletak di bumper kiri dan kanan atau tengah. Lampu kabus akan menyala jika anda menggunakannya di situasi tertentu.

4. Lampu ABS

Lampu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau ‘Anti-Lock Braking System’ berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. Lampu amaran ABS akan menyala di papan pemuka apabila terdapat kerosakan fius, kekurangan bendalir brek, kerosakan modul ABS, pam hidraulik lama atau masalah sistem sensor halaju.

Apabila lampu ABS menyala anda perlu segera lakukan pemeriksaan di pusat servis bagi mengenal pasti punca kerosakan sistem kenderaan dan melakukan penggantian.

5. Lampu Automatic Shift Lock

Jika anda melihat simbol lampu automatic shift lock di papan pemuka, kemungkinan besar anda cuba menukar gear atau menghidupkan enjin tanpa menggunakan brek. Automatic Shift Lock akan mengunci kenderaan anda sehingga anda menggunakan brek untuk menghidupkan enjin.

6. Lampu Eko

Lampu mod eko digunakan bagi menggalakkan pemanduan mesra alam sekitar dan mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida. Lampu ini akan menyala apabila kenderaan dipandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien. Selain itu, apabila menggunakan mod ini, sistem kenderaan turut menyekat prestasi transmisi, trenkuasa dan penyaman udara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!