Kenali Sudut Asas Penjajaran Tayar

Penjajaran tayar atau lebih dikenali sebagai tyre alignment adalah sebahagian daripada proses penyelenggaraan kenderaan yang perlu dilakukan bagi memastikan pergerakan tayar kenderaan adalah lurus tanpa bergerak ke kiri atau kanan semasa memandu.

Penjajaran tayar yang betul akan memberi prestasi tayar terbaik dan mengurangkan kehausan. Pemandu kenderaan perlu mengetahui tempoh waktu yang betul untuk melakukan penjajaran kenderaan bagi pemanduan yang selamat. Berikut merupakan beberapa keadaan yang memerlukan anda untuk melakukan penjajaran tayar:

1. Camber

Camber adalah sudut dalam atau luar tayar yang dilihat daripada hadapan tayar kereta. Ia boleh bernilai negatif atau positif dimana terlalu banyak camber negatif (condong ke dalam) atau camber positif (condong ke luar) adalah tanda bahawa penjajaran tayar perlu dilakukan.

Camber yang tidak betul boleh menyebabkan tayar haus tidak sekata malah menyebabkan kenderaan terseret ke satu haluan semasa memandu. Sekiranya anda mendapati tayar kenderaan haus tidak sekata dan tayar condong ke dalam atau luar, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis kenderaan.

2. Toe

Toe merujuk kepada sudut tayar ke dalam atau luar apabila dilihat dari arah atas kereta. Terdapat dua sudut tayar iaitu toe-in (tayar ke arah dalam cesi) dan toe-out (tayar ke arah luar cesi). Penjajaran tayar yang mengalami masalah dari sudut toe boleh menyebabkan kesukaran untuk membelok atau mengambil selekoh tajam serta mengurangkan kestabilan kenderaan apabila memandu pada kelajuan tinggi. Sekiranya terdapat masalah dari sudut toe, ia perlu diperbetulkan segera sebelum tayar haus dan tidak sekata ketika bergerak di jalan raya.

3. Caster

Caster merujuk kepada sudut paksi stereng apabila dilihat dari sisi kenderaan anda. Ia dilihat menerusi tiga jenis iaitu sifar, positif dan negatif. Caster positif merujuk kepada kedudukan sudut komponen stereng di belakang paksi tayar manakala caster negatif merujuk kepada kedudukan sudut komponen stereng di depan paksi tayar.

Bagi melakukan penjajaran tayar, pengguna kenderaan perlu menghantar kereta ke pusat servis bertauliah. Hal ini kerana mereka akan menggunakan kamera yang dipasang pada unit pengapit tayar hadapan direka khas untuk mengenal pasti kedudukan tayar. Biasanya ada empat unit kamera dalam sistem penjajaran tayar yang membantu dalam penyenggaraan penjajaran tayar. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan penyenggaran secara berkala bagi memastikan pemanduan yang selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!