Gaya Hidup Sihat Inisiatif Payung RAHMAH

Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama Zero Healthcare Sdn Bhd yang diadakan di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada 15 Julai 2023 yang lalu.

Pihak Zero Healthcare Sdn Bhd telah menyertai Inisiatif Payung RAHMAH dengan menawarkan harga RAHMAH bagi peralatan kesihatan iaitu mesin kerusi urut dan mesin senaman berlari. Zero Healthcare Sdn Bhd menawarkan pembelian secara skim ansuran tetap dan memberikan diskaun sehingga 35% bagi dua produk ini. Pihak Zero Healthcare Sdn Bhd melaksanakan Program Jualan RAHMAH bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi mendapatkan peralatan kesihatan pada harga yang berpatutan dan mesra pengguna.

Sejak ditubuhkan dari tahun 2011, pihak Zero Healthcare Sdn Bhd terus komited mengeluarkan peralatan kesihatan seperti mesin kerusi urut, mesin senaman berlari dan peralatan gym berjenama Malaysia. Sehingga kini, terdapat 45 cawangan Zero Healthcare Sdn Bhd di seluruh negara dan telah berkembang di beberapa negara luar seperti Singapura, Brunei, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Rakyat Malaysia boleh mendapatkan mesin kerusi urut dan mesin senaman berlari di mana-mana cawangan Zero Healthcare di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!