Bila Perlu Periksa Minyak Enjin Kenderaan

Mengekalkan paras minyak yang betul adalah penting untuk kelancaran dan kecekapan kenderaan anda. Memeriksa paras minyak secara berkala penting kerana ia membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan mengelakkan kemungkinan kerosakan akibat terlalu panas dan haus.

Periksa Minyak Enjin Apabila Enjin Panas atau Sejuk?

Terdapat segelintir pengguna kenderaan yang masih tidak mengetahui bila perlu memeriksa paras minyak enjin terutamanya apabila enjin panas atau sejuk. Suhu enjin yang ideal untuk pemeriksaan minyak bergantung pada kenderaan anda, minyak yang anda gunakan dan suhu ambien.

Bagi kebanyakan kenderaan, minyak enjin perlu diperiksa apabila enjin sejuk. Hal ini kerana enjin sejuk menghasilkan bacaan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kenderaan adalah disyorkan untuk memeriksa minyak apabila enjin panas atau pada suhu operasi biasa. Anda boleh merujuk kepada buku manual kenderaan untuk mengetahui pemeriksaan minyak enjin yang tepat berdasarkan jenis kenderaan anda.

Cara Periksa Takat Minyak Enjin

Periksa takat minyak enjin secara berkala sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan komponen dalaman enjin kenderaan. Pengguna kenderaan perlu mengetahui cara memeriksa takat minyak enjin supaya boleh melakukan pemeriksaan berkala di rumah sendiri. Ikuti langkah berikut untuk membantu anda lakukan pemeriksaan minyak enjin:

1. Bagi mendapatkan bacaan paras minyak enjin yang tepat, anda digalakkan untuk memandu kenderaan anda selama 5 minit dahulu. Dengan cara ini, minyak motor beredar melalui sistem untuk hasil yang lebih tepat selepas beberapa minit.

2. Selepas memandu, pastikan anda parkir kereta di tempat yang rata supaya ia menghalang minyak enjin daripada bergerak dan dapatkan bacaan takat minyak enjin yang tepat.

3. Selepas ‘parking’, biarkan enjin sejuk selama 15 minit dan membolehkan minyak enjin mendap.

4. Seterusnya, buka hud, cari tangki minyak enjin dan batang celup yang dipasang. Dipstick minyak biasanya mempunyai pemegang berwarna. Tarik pengukur celup dan lihat tahap sukatan minyak menggunakan kain atau tisu bersih.

5. Kemudian, masukkan semula batang celup minyak ke dalam tangki minyak dan tarik keluar semula.

6. Periksa di mana minyak enjin menutupi batang celup dan lihat sama ada ia mencapai tahap minimum atau maksimum yang tertulis di atasnya. Paras kuantiti minyak enjin perlu berada tidak kurang daripada minimum dan tidak lebih daripada maksimum.

7. Anda juga perlu periksa keadaan warna minyak enjin. Minyak enjin bersih biasanya berwarna kuning, manakala minyak lama atau kotor akan berubah warna kepada hitam atau perang.

8. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula pengukur celup ke tempat asal dan tutupnya dengan rapat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!