7 Perkara Wajib Anda Ketahui Sebelum Pasang Cermin Gelap

Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan digunakan untuk mengelakkan cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta selain bertujuan melindungi barangan peribadi. Sebelum pasang cermin gelap, ketahui lima perkara ini dahulu:

1. Peraturan dan Undang-Undang

Pastikan anda memahami undang-undang berkaitan warna tingkap kereta dan ikuti peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ telah menetapkan peratus ketelusan cahaya (VLT) dan pastikan anda ikuti peratusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa supaya tidak kena saman.

2. Tahap Kegelapan

Ketahui tahap kegelapan yang dibenarkan untuk tingkap kenderaan anda. Biasanya, undang-undang menghadkan tahap kegelapan tertentu yang dapat digunakan di tingkap hadapan, tingkap hadapan penumpang, dan tingkap belakang. Anda boleh mendapatkan informasi mengenai VLT menerusi laman sesawang JPJ.

3. Pengeluar dan Jenama Filem

Pastikan anda memilih pengeluar dan jenama filem yang berkualiti tinggi supaya ia mempunyai jangka hayat tinggi. Sekiranya anda menggunakan filem yang berkualiti rendah ia hanya akan memudaratkan jarak penglihatan dan ketahanan filem itu sendiri.

4. Kualiti Filem

Filem yang berkualiti tinggi boleh menawarkan perlindungan terhadap sinar ultra ungu (UV) dan mengurangkan haba dalam kenderaan. Oleh itu, pastikan filem yang anda pilih mempunyai ciri-ciri ini.

5. Kualiti Pemasangan

Sebelum melakukan pemasangan, lakukan survey tempat mahir pasang pengelap cermin. Hal ini kerana pemasangan yang tidak betul boleh menyebabkan gelembung, kesan mengelupas, atau masalah lain pada filem. Oleh itu, pastikan pemasangan filem dilakukan oleh pengeluar yang mahir dan bertauliah.

6. Jaminan

Selain spesifikasi, anda juga perlu mendapatkan informasi berkaitan jaminan yang memadai untuk pemasangan filem. Hal ini penting jika anda menghadapi sebarang masalah atau kerosakan selepas pemasangan boleh menukar di tempat anda pasang semula.

7. Penglihatan Malam

Tahukah anda pemasangan filem yang terlalu gelap boleh mengurangkan penglihatan semasa memandu di waktu malam? Filem yang gelap akan mengehadkan tahap pemglihatan anda pada waktu malam terutamanya apabila melalui kawasan pedalaman yang tidak mempunyai lampu. Oleh itu, pastikan anda memilih tahap kegelapan yang sesuai supaya mengganggu tahap penglihatan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!