Rumah Mampu Milik ‘Kejiranan MADANI’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan akan membangunkan Kejiranan Madani di ibu negara khusus untuk golongan M40, B40 dan golongan belia dengan lima projek pembangunan perumahan mampu milik MADANI.

Antara lima projek yang akan dibangunkan ialah Residensi Prihatin MADANI, Residensi MADANI, Residensi Sejahtera MADANI, Rumah Majlis MADANI dan Rumah Ihsan MADANI.

Projek Residensi Prihatin MADANI ini disasarkan untuk golongan M40 yang berpendapatan RM7,000 sebulan ke bawah yang berkeluasan 800 kaki persegi (kps) dengan nilai jualan RM200,000 seunit.

Manakala bagi golongan B40 pula ditawarkan Residensi MADANI di mana golongan yang mempunyai pendapatan seisi rumah RM5,000 sebulan ke bawah dengan berkeluasan 750 kps melibatkan nilai jualan RM180,000 seunit.

Selain itu, Residensi Sejahtera MADANI pula adalah untuk golongan bujang atau belia yang baru bekerja serta pasangan muda baru berkahwin terutamanya mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan.

Kerajaan juga akan menyediakan dua skim baharu bertujuan untuk sewaan bagi kumpulan yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah iaitu Rumah Majlis MADANI dengan kadar sewaan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh lima tahun. Manakala bagi golongan B40 dan belia di Kuala Lumpur, mereka ditawarkan Rumah Ihsan MADANI dengan kadar sewaan sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh lima tahun.

Kesemua projek perumahan tersebut memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan berkeluasan sekurang-kurangnya 700 kaki persegi dan turut disediakan satu tempat letak kereta. Dengan pelaksanaan ‘Kejiranan MADANI’ ini, kerajaan berharap ia dapat membantu dan memberi lebih peluang kepada rakyat berpendapatan rendah, khasnya golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri dalam keadaan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!