Kenali Komponen Pengelap Cermin Kenderaan

Pengelap cermin kenderaan memainkan peranan penting dalam memberikan penglihatan yang jelas ketika memandu. Komponen asas ini perlu dijaga dengan baik untuk pemanduan yang selamat terutamanya ketika musim hujan. Kenali antara komponen utama pengelap cermin agar memudahkan pengguna kenderaan mengenali kerosakan bahagian alat keselamatan ini.

Komponen Utama Pengelap Cermin

1. Lengan Pengelap Cermin

Lengan pengelap cermin atau lebih dikenali sebagai (wiper arm) adalah komponen utama yang memindahkan pergerakan dari motor ke bilah pengelap. Komponen ini biasanya diperbuat daripada logam.

2. Penyambung

Penyambung atau (connector) adalah komponen yang menghubungkan bilah pengelap dengan lengan pengelap cermin. Pengguna kenderaan disarankan untuk menggunakan jenis penyambung yang sesuai untuk memastikan pergerakan getah pengelap cermin yang kurang berbunyi dan juga berfungsi secara cekap.

3. Fleksor Spring

Fleksor spring adalah salah satu komponen dalam sistem pengelap cermin yang berfungsi untuk memastikan bilah getah mengekalkan tekanan dan sapuan yang sekata.

4. Getah

Bilah pengelap cermin kenderaan kebanyakannya diperbuat daripada getah asli atau kloroprena untuk memastikan kelenturan yang maksimum. Elemen getah yang bersentuhan dengan cermin biasanya disaluti dengan lapisan khas dan serbuk grafit untuk mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan.

Bilah pengelap adalah bahagian yang paling terdedah kepada kehausan, koyak, kering, lusuh dan terbelah kerana terdedah kepada cahaya matahari dan faktor cuaca lain. Oleh itu, pastikan anda mengenali tanda kerosakan dan menggantikan bilah baharu jika terdapat salah satu kesan kelusuhan pada getah.

5. Spoiler

Spoiler adalah komponen yang dipasang pada pengelap cermin hadapan di bahagian tempat duduk pemandu untuk meningkatkan kecekapan fungsi aerodinamik dan mengurangkan wind lift ketika memandu pada kelajuan tinggi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!