Punca Kerosakan Brek Kecemasan

Brek kecemasan atau lebih dikenali sebagai brek tangan adalah digunakan untuk memastikan kenderaan kekal berada dalam keadaan tidak bergerak. Penjagaan komponen keselamatan ini penting bagi mengelakkan risiko kemalangan. Kenali antara punca kerosakan brek kecemasan seperti berikut:

1. Pelapik Brek Haus

Kadangkala, kerosakan brek kecemasan boleh berpunca daripada pelapik brek yang telah haus sama ada dalam sistem brek dram mahupun cakera. Pelapik brek yang haus tidak lagi mempunyai cengkaman yang mencukupi untuk memastikan kenderaan anda boleh diperlahankan atau diberhentikan. Segera gantikan pelapik brek sekiranya ia telah nipis.

2. Pengalihan Kedudukan Pelapik Brek

Pelapik brek yang tidak dipasang dengan betul akan menyebabkan brek kecemasan tidak berfungsi dengan baik. Periksa kedudukan pelapik brek kenderaan sekiranya terdapat masalah pada brek kecemasan. Sekiranya kedudukan pelapik brek didapati beralih, anda perlu segera ke pusat servis dan mendapatkan bantuan pakar untuk membetulkan kedudukannya. Ini kerana, tayar, dram, rotor dan angkup perlu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum penyelarasan pelapik brek dilakukan.

3. Karat Dan Hakisan

Kebanyakan kenderaan mempunyai tuil engkol loceng di bahagian hadapan pemasangan brek kecemasan. Komponen ini mungkin berkarat dari semasa ke semasa yang boleh menyebabkan sistem brek kecemasan cepat rosak. Lakukan pemeriksaan di pusat servis dan gantikan tuil baharu sekiranya ia mengalami hakisan atau karat bagi mengelakkan kerosakan komponen keselamatan kenderaan.

4. Brek Kecemasan Keras

Cuaca sejuk boleh menyebabkan brek kecemasan keras dan sukar untuk berfungsi dengan baik. Memandangkan brek kecemasan terdiri daripada spring dan kabel di dalam sarung, air boleh terperangkap dan membeku menjadi pepejal di takat beku dan menghalang pergerakan kabel di dalam sarung. Oleh itu, anda perlu memanaskan enjin kenderaan terlebih dahulu bagi memastikan fungsi yang optima sebelum memulakan pemanduan.

5. Kerosakan Kabel

Kabel brek kecemasan yang rosak tidak dapat memberikan tekanan yang mencukupi pada pelapik brek (dalam brek cakera belakang). Ini boleh mengganggu fungsi brek kecemasan dan mengakibatkan kerosakan. Lakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan bahawa kabel belakang pada kedua-dua belah berada di dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan betul pada brek belakang bagi memastikan keberkesanan fungsinya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!