Pasar Seni, Pusat Tarikan Pelancong

Bagi para peminat seni, anda disarankan untuk mengunjungi Pasar Seni yang lebih popular dengan nama Central Market. Pada mulanya Pasar Seni merupakan sebuah pasar basah sahaja. Tetapi kini ia telah berkembang menjadi antara hub seni tanah air yang tersohor. Terdapat ramai pengunjung yang datang ke Pasar Seni untuk menikmati hasil seni tempatan yang menarik sambil meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Antara yang menarik di Pasar Seni:

1. Kraftangan

Pasar Seni adalah antara lokasi tempatan yang terkenal untuk mendapatkan pelbagai jenis hasil kraftangan yang cantik dan unik. Terdapat juga kedai yang menjual barang-barang hiasan perumahan antik daripada Turki yang boleh anda dapatkan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pada hujung minggu juga terdapat banyak jualan khas barang-barang pre-loved termasuk kasut, beg tangan dan sebagainya.

2. Ainna Artwork

Jika anda berasa bosan berjalan-jalan di sekitar bandar yang sibuk, anda boleh mengunjungi Ainna Artwork untuk melakukan aktiviti mencanting batik. Hanya dengan RM15, anda boleh memilih sama ada reka bentuk yang sedia ada untuk mewarna batik atau menghasilkan reka bentuk batik sendiri. Barang keperluan untuk aktiviti mencanting batik seperti alat canting, pencelup warna dan bingkai bergambar adalah disediakan.

3. Illusion 3D Art Museum

Muzium 3D sangat terkenal di Melaka dan Pulau Pinang sehingga ia menjadi salah satu lokasi wajib dikunjungi jika melawat negeri tersebut. Kini, anda tidak perlu mengharungi perjalanan sebegitu jauh untuk melihat lukisan 3D yang cantik kerana Illusion 3D Arts juga terdapat di Pasar Seni.

Terdapat sebanyak 36 jenis lukisan 3D yang diletakkan dalam 3 bilik yang berasingan. Uniknya muzium ini berbanding muzium lain adalah ia mempunyai koleksi lukisan seakan hidup ataupun Augmented Reality. Anda dibenarkan untuk mengambil gambar lukisan-lukisan cantik yang menghiasi dinding galeri ini sebagai kenangan. Video realiti tambahan yang ditawarkan juga memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan dinosaur, penguin, helang dan banyak lagi.

4. Lee Wah Florist

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bunga segar pada harga yang berpatutan di kedai bunga popular di Pasar Seni, Lee Wah Florist. Terkenal dengan gubahan bunga yang cantik untuk majlis-majlis tertentu, kedai ini sangat digemari oleh para pelancong. Antara bunga yang boleh didapati dengan pelbagai warna adalah carnation, lili, kekwa, orkid, hydrangea, baby breath dan bermacam-macam lagi.

5. Lakaran Potrait

Selain mencanting batik, anda juga boleh mengabadikan kenangan bersama rakan atau teman dengan lakaran gambar potret oleh pelukis yang berbakat di Pasar Seni. Tempat ini sangat popular dan ramai juga pelancong luar negara yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan lakaran potret sebagai kenangan. Anda juga boleh melihat banyak lakaran wajah tokoh-tokoh terkemuka dipamerkan di sana.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!