Tanda Tali Kipas (𝙁𝙖𝙣 π˜½π™šπ™‘π™©) Rosak

Tali kipas atau lebih dikenali sebagai fan belt adalah berfungsi untuk menyalurkan kuasa putaran dari satu komponen ke komponen lain di bahagian enjin. Komponen ini perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kerosakan dalaman enjin kenderaan. Di antara tanda tali kipas mengalami kerosakan yang memerlukan perhatian segera adalah seperti berikut:

1. Bunyi Bising

Tali kipas kenderaan yang mengalami kerosakan biasanya menunjukkan tanda pertama dengan mengeluarkan bunyi yang bising. Misalnya bunyi kuat semasa memandu kerana tali kipas lama berputar atau bunyi berdetik disebabkan tali kipas yang tidak diletakkan dengan betul dan menyentuh bahagian enjin lain.

Sekiranya anda mendengar bunyi bising dari bahagian enjin kenderaan, berkemungkinan tali kipas mengalami kerosakan dan mengganggu komponen dalaman enjin yang lain. Segera lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis bertauliah bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

2. Lampu Amaran Bateri Menyala

Selain daripada masalah bateri, lampu amaran bateri pada papan pemuka (dashboard) juga akan menyala apabila alternator belt mengalami kerosakan. Ini kerana apabila tali kipas alternator rosak, keseluruhan sistem elektrik kenderaan juga berisiko mengalami kerosakan.

3. Kerosakan Penyaman Udara

Tali kipas yang haus juga boleh menjejaskan fungsi penyaman udara. Biasanya, pemampat penyaman udara memindahkan tenaga dari tali kipas ke sistem penyaman udara. Tetapi sekiranya terdapat kerosakan pada tali kipas penyaman udara, pemampat penyaman udara mungkin tidak akan menerima kuasa yang mencukupi. Oleh itu, sekiranya penyaman udara kenderaan anda rosak, segera periksa keadaan tali kipas dan menggantikannya jika keadaannya telah haus.

4. Enjin Panas

Tali kipas yang rosak juga boleh menyebabkan masalah enjin panas (overheating), terutamanya apabila tali sawat (water pump) rosak. Ini kerana tali sawat berfungsi dengan pam air untuk menyejukkan komponen enjin kereta. Oleh itu, tali sawat pam air yang rosak juga boleh menjejaskan pam air dan mengakibatkan enjin menjadi terlalu panas.

5. Kesan Rekah Pada Tali Kipas

Penyenggaraan berkala sangat penting untuk memastikan komponen-komponen kenderaan berada dalam keadaan baik. Selain memeriksa komponen utama seperti bateri, enjin, radiator, anda juga perlu memeriksa keadaan tali kipas kenderaan. Periksa sama ada terdapat kesan keretakan, haus atau merekah pada tali kipas. Sekiranya terdapat salah satu daripada kesan tersebut, anda perlulah segera menggantikannya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai β€˜ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda β€˜Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

β€˜Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!