Panduan Penjagaan Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan

Kes kemalangan jalan raya kian hari semakin meningkat. Jumlah kes kematian akibat kemalangan yang membabitkan golongan kanak-kanak juga agak membimbangkan. Pengguna kenderaan perlulah peka terhadap kepentingan pemanduan selamat terutamanya ketika membawa kanak-kanak sebagai penumpang, bagi mengurangkan risiko berlakunya situasi yang tidak terduga. Disenaraikan beberapa tips keselamatan jalan raya yang boleh dijadikan panduan:

1. Gunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan sangat penting bagi memastikan keselamatan dan melindungi mereka daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Kerusi keselamatan adalah perlu bagi bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun, dan seeloknya diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan. Terdapat empat jenis kerusi keselamatan di pasaran yang sesuai berdasarkan usia dan berat badan kanak-kanak.

Antaranya adalah kerusi menghadap belakang (rear facing), kerusi menghadap hadapan (forward facing), kerusi penggalak belakang tinggi (booster high back) dan kerusi penggalak menghadap hadapan dan sebagainya. Anda boleh memilih kerusi keselamatan yang bersesuaian bagi melindungi anak anda daripada risiko kecederaan yang berat sekiranya berlaku kemalangan.

2. Pakai Tali Pinggang Keledar

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang termasuk kanak-kanak dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ibu bapa perlu memastikan anak anda memakai tali pinggang keledar sepanjang masa ketika berada di dalam kenderaan. Elakkan mendukung atau meriba anak anda sepanjang perjalanan kerana apabila kenderaan dibrek mengejut atau terbabit dengan perlanggaran, risiko untuk bayi atau kanak-kanak tercampak keluar kenderaan adalah sangat tinggi.

3. Tidak Mengeluarkan Anggota Badan

Ada juga ibu bapa yang membiarkan kanak-kanak mengeluarkan anggota badan melalui tingkap kenderaan ketika pemanduan bagi tujuan keseronokan. Perlulah diingat bahawa ini adalah satu aksi berbahaya yang perlu diawasi. Jangan sesekali membiarkan anak anda melakukan sedemikian kerana ia boleh mengakibatkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal. Selain itu, perbuatan ini juga boleh membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

4. Gunakan Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Kunci keselamatan kanak-kanak (child safety lock) dibina di pintu belakang kenderaan untuk mencegah penumpang belakang terutamanya kanak-kanak dari membuka pintu semasa kenderaan bergerak. Kebanyakan kunci keselamatan kanak-kanak boleh diaktifkan dan dinyahaktifkan melalui suis kecil di tepi pintu bahagian pemandu. Pemandu kenderaan dinasihatkan menggunakan fungsi keselamatan ini bagi mengurangkan risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan yang tidak diduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!