Majlis Penyampaian Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

11 Jun 2023 – Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris Allahyarham Lkpl Mohd Azwan Bin Shaluzi yang merupakan mangsa kemalangan maut di KM47, Jalan Teluk Intan, Klang.

Bantuan khairat itu disampaikan dalam bentuk sumbangan cek kepada waris Allahyarham iaitu Puan Nurliyana Binti Abdul dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

S2

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Abd Aziz, Ketua Bahagian Operasi SPANCO, yang disaksikan oleh Lt Kol Zamri Bin Zainal, Pegawai Staf 1 Cawangan Logistik, Markas Tentera Darat (Mindef).

Majlis penyampaian sumbangan ini adalah bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan SPANCO kepada ahli keluarga dan waris yang kehilangan insan tersayang di samping memberi sokongan moral kepada mereka.

S3

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Mej Kamarulzaman Bin Abdul Aziz, Pegawai Staf 2; Kpt Mohd Ammar Bin Nor Azmi, Pegawai Staf 3; En Norazmi Bin Abd Sani, Eksekutif Akaun SPANCO dan En Amir Zubaidi Bin Sahrif, Eksekutif Akaun SPANCO.

S4

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!