Pakej Tuisyen RAHMAH Pertama Di Malaysia

Inisiatif kerajaan di bawah payung RAHMAH diperluaskan lagi dengan penganjuran pakej Tuisyen Rahmah secara dalam talian menerusi iTTV e-Learning. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, telah melancarkan Pakej RAHMAH iTTV e-Learning ini pada 24 Jun 2023 lalu, bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan bagi mendepani isu kenaikan kos sara hidup untuk mendapatkan pendidikan tambahan.

Seiring dengan pelancaran ini, iTTV Education Sdn Bhd berhasrat untuk memantapkan perkhidmatan pendidikan di Malaysia melalui koleksi lebih 3,000 tutorial video berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan murid-murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Video-video tersebut sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri, sama ada untuk aktiviti, ulang kaji, pengayaan ataupun pengukuhan mengikut kelapangan masing-masing.

iTTV Education Sdn Bhd akan menawarkan harga diskaun sehingga 50% kepada mana-mana pelajar yang ingin menyertai Pakej RAHMAH iTTV eLearning ini. Pakej RAHMAH iTTV e-Learning diperkenalkan bermula pada harga serendah RM5 sebulan kepada murid tahun empat sehingga RM15 sebulan buat pelajar tingkatan empat dan lima mengikut subjek masing-masing, berbanding harga biasa yang mencecah RM22 sebulan.

Melalui inisiatif ini, KPDN berharap agar payung RAHMAH mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan tetapi berkualiti setanding dengan produk yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi KPDN.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!