Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SPANCO Dan Perodua

15 Jun 2023 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPANCO dan Perodua merupakan satu lagi detik bersejarah buat SPANCO setelah hampir tiga dekad beroperasi.

Bertempat di Perodua Sentral, Petaling Jaya, MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO dan YBhg Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

SPANCO

Majlis menandatangani MoU ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik bersama Perodua dalam membekalkan kenderaan konsesi kerajaan melalui SPANCO. MoU ini sejajar dengan kelulusan dari Kementerian Kewangan bagi pembekalan 3 model kereta Perodua iaitu Aruz, Ativa dan Bezza untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan.

fsf

Majlis telah diakhiri dengan pertukaran momento di antara kedua-dua pihak sebagai tanda kenangan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah, YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, Timbalan Presiden Perodua, barisan pengurusan tertinggi Perodua, serta barisan pengurusan tertinggi SPANCO, En. Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin, Ketua Pegawai Operasi; En. Ng Wai Thong, Pengawal Kewangan Kumpulan; En. Peter Lim, Pengarah Eksekutif Selepas Jualan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!