Tanda Kerosakan β€˜π™‘π™€π™‘π™©π™–π™œπ™š π™π™šπ™œπ™ͺ𝙑𝙖𝙩𝙀𝙧’ Kenderaan

Pengatur voltan (voltage regulator) memainkan peranan penting dalam sistem pengecasan kenderaan. Ia berfungsi untuk mengawal voltan yang dihasilkan oleh alternator. Tanpa pengatur voltan alternator, voltan input akan membebankan sistem elektrik dalam kenderaan anda.

Oleh itu, ia merupakan komponen utama yang perlu disenggara dengan baik bagi mengelakkan kerosakan pada kenderaan anda. Disenaraikan beberapa tanda kerosakan pengatur voltan sebagai panduan supaya anda lebih berwaspada untuk mengatur jadual penyenggaraan kenderaan:

1. Bateri Rosak

Pengatur voltan yang bermasalah boleh menyebabkan bateri kenderaan rosak dan berhenti berfungsi. Pengatur voltan memastikan voltan dan kuasa pengecasan yang stabil dihantar ke bateri kenderaan dan komponen elektronik lain. Jika pengatur voltan rosak, ia boleh mengakibatkan bateri kenderaan tidak menerima cas atau sebaliknya terdedah kepada voltan pengecasan yang berlebihan.

Oleh itu, sekiranya bateri kenderaan anda semakin lemah, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di pusat servis berdekatan untuk mengenal pasti punca sebenar kerosakan.

2. Prestasi Enjin Merosot

Prestasi enjin yang tidak menentu adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan pengatur voltan mengalami kerosakan. Ini kerana, pengatur voltan tidak dapat mengawal tahap voltan yang dijana keluar oleh alternator, lalu mengakibatkan prestasi enjin terjejas. Sekiranya tahap prestasi enjin kenderaan anda semakin merosot dan tidak menentu, lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis yang berhampiran.

3. Lampu Malap atau Berkelip

Salah satu tanda kerosakan pengatur voltan yang mudah dikenal pasti adalah lampu mula menjadi malap atau berkelip-kelip. Sekiranya lampu hadapan kenderaan semakin malap secara tiba-tiba, manakala lampu puncak (headlight) tidak berfungsi dan lampu dalaman pula mula berkelip-kelip, ini adalah tanda yang menunjukkan pengatur voltan rosak dan tidak dapat mengawal voltan yang dihasilkan. Lakukan penggantian segera bagi mengelakkan sebarang kerosakan lain.

4. Lampu Amaran Bateri Menyala

Apabila pengatur voltan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, lampu amaran enjin atau bateri di papan pemuka (dashboard) akan menyala. Ini disebabkan masalah voltan pengecasan yang rendah, kerosakan sistem pendawaian kuasa, komponen atau penjanakuasa alternator.

Manakala, lampu amaran enjin menyala pula adalah disebabkan prestasi enjin yang merosot, transmisi, wayar, brek atau suspensi kenderaan yang perlu diperbaiki. Anda perlu melakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis bertauliah untuk mengenal pasti punca sebenar dan melakukan pembaikan sebagaimana perlu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai β€˜ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda β€˜Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

β€˜Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!